Tuesday, 17 January 2012

AMINAH CINTA PUTERI QURAISY



“Patutlah anak saudaranya juga sangat manis dan jelita. Memang kebanyakan anak Bani Zuhrah sempurna rupa parasnya.”

       Dalam cuaca yang panas membahang, kelihatan sayup-sayup gerombolan para musafir sedang berpanas di tengah padang pasir. Mereka mungkin para pedagang ataupun para tetamu yang mahu menunaikan haji. Nun jauh di sana, hanya fatamorgana yang menjadi hiasan mata. Namun mereka tahu, itu hanya tipu daya lautan lahar berpasir itu. Mereka sudah biasa kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai bangsa yang menghuni padang pasir, yang hidup dan mati juga kerananya.

      Namun ada keajaiban Tuhan di tengah padang pasir tanah arab itu. Di tengah-tengah kepanasan, hidup bangsa Arab yang berdagang dan mengembala binatang sebagai sumber hidup mereka. Selain dikenali kerana kerap berperang, mereka juga terkenal dengan ketinggian dan kehebatan syair-syair yang memuji dan mencerca. Kecemerlangan kesusasteraan adalah antara sebab mereka dikenali di pete dunia.
    
      Merka digelar jahiliah bukan kerana tidak bertamadun, namun kerana tidak bertuhankan  Tuhan Yang Esa. Mereka menjadikan batu berhala yang berjumlah 365 buah itu sebagai pengantara Tuahan Yang esa. Mereka mensyirikkan Tuhan datuk dan nenek moyang mereka sendiri iaitu Tuhan yang disembah Ibrahim dan Ismail.
    
Mereka adalah bangsa Arab Quraisy, mempunyai kabilah dan bani. Mereka juga mendiami wilayah barakah yang dinamakan Mekah. Merekalah tuan keoada padang pasir itu.


.................


Di kota itu.....

   “Mari kita main bersamanya,” kata seorang kanak-kanak kepada kawan-kawannya apabila melihat budak perempuan itu.

    Salah seorang daripada mereka berasa ragu, “Mahukah dia bermain bersama kita?”
     “Mengapa tidak?” tingkah yang seorang lagi.

     “Bukankah dia daripada kalangan kabilah bangsawan. Ayah, pakcik serta datuknya adalah pembuka Kota Mekah ini.” Seorang lagi bersuara.
    

     Mereka mahu sangat bermain dengan budak perempuan yang sungguh comel itu. Budak perempuan itu juga kelihatan sopan dan baik. Mereka terpesona dengan ketulusannya. Namun timbul kerisauan kerana status keturunan dan darjat mereka yang tidak setaraf.

     “Tidak ada gunanya kita berbalah di sini. Mari kita ke sana dan bertanyakan kepadanya sama ada kita boleh bermain dengan dia ataupun tidak.” Yang paling tua antara mereka memberikan cadangan.

     Hampir serentak mereka menjawab, “Baiklah!”

  Tidak ada aktivii khusus untuk kanak-kanak di Mekah itu. Mereka hanya berkeliaran di sekitar kota sambil bermain-main sementara ibu bapa mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing. Orang arab ketika itu amat mementingkan perdagangan. Ramai antara mereka yang berdagang sehingga ke luar Tanah Arab. Antaranya ke Syam, YamaN, Parsi, Rom dan sebagainya.

     Mereka semaikin meghampiri budak perempuan itu, salah seorang daripada mereka lantas bertanya, “ Bolehkah kami bermain dengan kamu dan sudikah kamu bermain bersama kami?”

     Budak perempuan yang comel itu terkejut dengan kehadiran budak-budak yang kelihatan hampir sebaya dengannya lantas dia berfikir sejenak. Dia mengamati satu persatu budak-budak dalam kumpulan itu.

     Suasana menjadi sunyi seketika.

   “Apa salahnya......,?” jawab budak perempuan itu. Budak perempuan itu adalah Aminah.

    Mendengar jawapan itu, mereka bersorak riang. Aminah berasa pelik. Mengapa mereka begitu teruja dapat bermain dengannya. Bukan kali itu sahaja, sudah banyak kali Aminah melalui situasi yang sama seperti itu.

   Selepas puas melompat, menari dan berlari, mereka semua keletihan. Tiba-tiba salah seorang bersuara, “Aminah, khabarnya kamu ini pandai bersyair. Benarkah begitu?”

   Aminah tersipu malu, pipinya memerah. Dia mengangguk perlahan.
    “Sekiranya begitu, sudikah kamu membacanya kepada kami?” tanyanya lagi.
      Aminag menggeleng-gelengkan kepala smabil tersenyum simpul.

    “Tolonglah, kami merayu kepada kamu.” Mereka mengucapkan serentak.

   Akhirnya Aminah beralah, lantas maju ke hadapan dan berdiri sedikit tinggi di atas bongkah batu lalu mendeklamasikan beberapa buah syair. Dendangan bait syair iru semuanya berkenaan kebanggaan penduduk kota Mekah, pujian, kemenangan serta kebesaran kabilah Arab Quraisy.
   
         Senja hampir lewat pagi, malam sudah menampakkan dirinya. Namun anak-anak itu tetap sahaja mahu bersama Aminah, bermain dan terus bermain. Aminah pula sentiasa bersedia melayan sahabat-sahabatnya itu.
       “Anak-anak, balik! Hari sudah malam, esok kamu sambung main lagi.” Tiba-tiba seorangt ibu datang kepada kumpulan kanak-kanak itu bagi menjemput anaknya pulang.

      Anaknya kelihatan berat mahu berpisah dengan Aminah. Namun, kerana terpaksa, dia pulang jua ke rumahnya. Begitu juga dengan anak-anak yang lain. Mereka seakan-akaan tidak mahu pulang sekiranya tidak dijemput oleh ibu ataupun ayah masing-masing.

       “Kami pulang dahulu, esok kami ke sini lagi.” Anak-anak itu berpisah dengan Aminah selepas melafazkan kata-kata itu. Mereka seakan-akan melafazkan janji taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Aminah.

    Keesokannya, sejurus sahaja matahari terbit, kanak-kanak itu sudahpun bersiap-siap dan menuju ke rumah Aminah.

     “Wahai Aminah, marilah kamu bersama kami. Ayuh kita keluar bermain bersama-sama,” jerit salah seorang daripada mereka dari luar rumah Aminah.
   Aminah yang sudah bersiap-siap pun keluar. Sebelum itu dia meminta kebenaran daripada penjaganya terlebih dahulu.

    Sebenarnya, tidak ada apa-apa perlu dirisaukan kerana Mekah bukan kawasan yang luas. Hampir semua penduduknya mengenali antara satu sama lain. Tambahan pula Aminah dan kanak-kanak itu pula adalah daripada kabilah Kaum Quraisy. Kaum yang terbesar dan paling berpengaruh di Mekah ketika itu.

   “Apa rancanagan kita hari ini?” tanya Aminah kepada kawan-kawannya.

“Kita pergi ke Kaabah dan duduk berhampiran telaga zamzam sambil melihat orang ramai yang berpusu-pusu berebutkan airnya.” Salah seorang antara mereka memberikan cadangan.

     “Ada pula dcadangan daripada yang lain. “Apa kata kita berjalan-jalan daj=hulu mengelilingi kota Mekah, kemudian apabila sudah letih dan dahaga, kita ke kaabah pula.”

    Masing-masing terdiam seketika.

    “Sekiranya begitu, mari kita bergerak sekarang.” Aminah berkata dengan riang.
      Mereka pun memulakan aktiviti pada hari itu. Mula-mula mereka naik dan turun setiap bukit dan tanah di lembah Barkah itu. Apabila berasa letih dan dahaga, mereka menuju ke Kaabah lalu terus pergi ke prigi zamzam bagi membasahkan tekak. Mereka kemudian duduk berehat di tepian air zamzam sambil memerhati gelagat manusia yang datang.

    Aminah dan kanak-kanak yang lain memerhatikan sahaja tingkah laku manusia di hadapan mereka. Dia kemudian berkata, “Lihat, oleh kerana lelaki itu kuat dan besar, dia yang dapat ambil air zamzam dahulu. Padahal orang tua yang lemah di belakangnya itu yag sampai dahulu.”

       Salah seorang daripada mereka berbalas, “Benar Aminah, ini tidak adil. Namun apa yang mampu kita buat. Kita ini kanak-kanak, kita akan dimarahi oleh mereka sekiranya kita memandai-mandai.”

   Aminah mengetap bibir. Rasa sebak dan kasihan kepada orang tua itu menebal. Dia tahu sekiranya dia cuba membantu, dirinya pasti  dimarahi. Itulah sikap dan sifat orang arab Quraisy pada waktu itu.

      “Nanti apabila kita sudah dewasa, kita perlu menolong dan membela mereka yang lemah. Mereka juga manusia seperti kita. Telaga zamzam bukan milik orang Quraisy sahaja, ia milik Tuhan, untuk semua manusia.” Sahabat-sahabat Aminah terpegun dengan kenyataan Aminah. Mereka tidak sangka yang anak gadis manis itu semakin menonjol sifat prihatinnya.

       Para kabilah yang singgah ke Mekah, sama ada bagi berdagang mahupun datang tawaf di Kaabah, apabila berjumpa ataupun terserempak dengan Aminah pasti kagum dengannya.

    “Sungguh manis anak itu, anak siapakah itu?” tanya isteri seorang ketua kabilah dari Yaman sambil matanya melirik ke arah Aminah yag sedang leka bermain.
    Orang Quraisy dengan bangganya menceritakan perihal Aminah dan susur galurnya. “namanya Aminah. Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, dan kini dirinya yatim piatu. Aminah dibela oleh bapa saudaranya yang bernama Wuhaib bin Abdul manaf bin Abu Zuhrah.”

      “Bukankah beliau salah seorang pembesar Mekah?” Soal isteri ketua kabilah itu pula.

       “Benar, puan.” Quraisy itu membalas dengan yakin.

        Ketua kabilah pula bersuara, ”Saya kenal rapat dengan Wuhaib. Dia seorang yang bijaksana dan dihormati. Ketokohannya sangat terserlah. Beliau merupakan orang tengah yang diyakini ketokohannya..”

       “Patutlah anak saudaranya juga sangat manis dan jelita. Memang kebanyakan anak bani Zuhrah sempurna rupa parasnya,” sambung isteri ketua kabilah yaman itu.

      Ketua kabilah Yaman itu berkata lagi kepada lelaki Quraisy tadi, sambil matanya memandang sekeliling Kaabah. “Apa yang saya tahu sekiranya penempatan sesebuah kabilah berhampiran dengan Kaabah, maka tinggilah kedudukan dan pengaruh mereka kerana mereka juga kabilah bani yang mulia.”

    “Benar, tuan.” Orang Quraisy itu mengesahkannya.

    “Bolehkah kamu menceritakan kepada saya perihal ini?” Ketua kabilah itu bertanya lagi.

      Dengan senang hati orang Quraisy itu menceritakan berkenaaan sosial hierarki sosial Arab Quraisy di Mekah. Baginya, itu adalah kebanggan dan penghormatan apabila bangsa lain mahu mengetahui perihal mereka. Tambahan pula, memuliakan tetamu sememangnya amalan dan adat orang Arab Quraisy.

    “Tuan, sudah turun temurun tempat ini disusun. Susunan penempatan masyarakat Mekah dibahagikan mengikut kedudukan, darjat kebesaran serta kepimpinan kabilah masing-masing. Mereka paling dekat dengan Kaabah adalah yang paling mulia kedudukannya. Ia berperingkat sehingga ke pinggir Mekah yang didiami oleh hamba sahaya, orang-orag asing, mereka yang terbuang serta mereka yag miskin.”

        Ketua kabilah Yaman, isterinya dan beberapa orang kanan kabilah mengangguk-ngangguk faham. Mereka terus memberi tumpuan kepada pemuda Quraisy itu yang terus berkata, “Sekiranya kamu semua perasan penempatn bani Hasyim dan bani Zuhrah amat dekat dengan Kaabah. Ini jelas menunjukkan yang kabilah merek adalah antara pemuka dan pembesar yang paling berkuasa dan berpengaruh di Mekah ini.”

     “Ya, benar sekali. Tengok sahaja rumah-rumah mereka itu, selain hampir dengan Kaabah, rumah mereka juga besar dan mewah. Ia sangat berbeza dengan kawasan di luar sana.” Kata isteri ketua kabilah Yaman itu.

     Tiba-tiba salah seorang daripada pembantu ketua kabilah Yaman itu bertanya, “Mengapa ada dua kabilah besar yang duduk berhampirandengan Kaabah? Apakah mereka tidak berbalah sedangkan sepatutnya haya satu kaum yang berkuasa di sini?”

        “Itulah keistimewaan kedua-dua kabilah besar ini. Mereka berjiran malah berkerabat antara satu sama lain dan semangat perkauman mereka kuat. Selain itu, mereka saling membela antara satu sama lain.” Jawab orang Quraisy itu.

-Sambungan cerita ini akan muncul tidak lama lagi,,,tunggu ye!-

Wednesday, 11 January 2012

AL-QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... sahabat2 sekalian,  Minggu lepas ana ada baca sebuah buku...menarik buku tu.. tajuknya, ‘I LUV ALQURAN AND YOU?’....ha! macam tu lah tajuknya..Hari ni saya akan berkongsikan serba sedikit tentang apa yang ana dah baca...

AL QURAN



“ cintailah al-Quran agar hidupmu tenang”

Do you really love Alquran? Pertanyaan sederhana yang perlukan jawapan yang luar biasa. Apakah selama ini kita mencintai Al-Quran? Sejauh mana cinta kita terhadap al-Quran?

    “Oh, saya sangat mencintai al-Quran. Saya ada banyak al-Quran di rumah saya.” Mungkin itu yang akan kita katakan. Kita punya banyak al-Quran di rumah kita, tetapi kita jarang menyentuhnya. Kita tidak membacanya, tidak kita menelaahnya. Ada al-Quran yang hanya kita sentuh saat kita hendak mendoakan orang telah pergi. Ada yang baca al-Quran masa nak kahwin ja. Ada pulak yang baca masa dia nak angkat sumpah ja.

    Itulah kenyataannya. Itulah hakitnya. Cinta kita kepada al-Quran belum sempurna. Cinta kita kepada al-Quran hanyalah sebatas kata-kata sahaja. Belum ada realisasinya. Bahkan mungkin di sebatas di bibir sahaja. Hanya terluah melalui kata-kata pengakuan tetapi belum terbukti dengan kesungguhan dan istiqamah kita dalam meneladaninya. Yakni membaca, menelaah, mengutip iktibar apatah lagi menjadikannya sebagai panduan dalam segenap urusan seharian kita.

     Tetapi bandingkkan cinta kita kepada komik, novel,kepada surat khabar? Betapa kita merasai sangat kecewa apabila terlepas satu tajuk novel terbaru. Betapa kita sangat kecewa apabila terlepas satu edisi surat khabar. Kenapa jadi begitu terbalik?
Cinta kita kepada komik, novel dan yang lain sudah sangat luar biasa. Hidup terasa tidak menyenangkan. Suram, sedih, dan gelisah apabila kita tidak mendapatkan itu semua. Sungguh menyedihkan!

        Sila jawab pertanyaan ini. “do you really love al-Quran?” apakah kita benar-benar mencintai al-Quran?  Sudah berapa banyak kita meluangkan waktu untuknya? Sudah sebanyak mana segala petunjuk yang terkandung di dalamnya. Kita jadikan pedoman untuk menguruskan kehidupan seharian? Sudah berapa kali kita menghafal, mengkhatam, dan membacanya berulang-ulang? Mungkin kita hanya menghafal beberapa ayat sahaj. Itupun sekadar untuk digunakan sebagai bacaan dalam solat. Mungkin sahaja kita belum mampu membacanya. Subhanallah! Di manakah cinta kita kepada satu-satunya kitab suci kita itu?

      Hanya almari tempat kita menyimpan kitab suci itu. Kitab itu tidak perdah beralih ke hati dan perasaan kita. Belum juga mampu menjadi akhlak seharian kita selama ini. Biarkan usia semakin berlalu tetapi al-Quran masih belum juga meresap  ke dalam jiwa kita. Bahkan, mungkin juga semakin meningkat usia kita, semakin semakin jauh al-Quran dari hati  dan perasaan kita. Kita gagal untuk mengakrabkan diri dengan kalamullah ini.

      Kenapa jadi begitu? Apakah kerana selama ini memang cinta kita kurang besar, maka kita tidak serius mencintai alQuran? Masih separuh-separuh sahaja dan tidak beranjak menjadi lebih serius. Atau mungkin sahaja cinta kita belum sedikit pun bertunas untuk al-Quran. Mungkin sahaj, segala cinta kita sibuk melayani kehendak duniawi, hingga terlupa untuk menyenaraikan kitab suci ini sebagai antara yang perlu dicintai dalam kehidupan ini.

      Al-Hasan bin Ali berkata, “Generasi sebelum kalian telah memandang al-Quran sebagai surat daripada Tuhan(Kekasih) mereka. Yang mereka baca  dan hayati di malam hari, dan mereka terapkan di siang hari.”
Maka, sesiapa sahaja mencintai al-Quran nescaya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Demikian kata-kata Ibnu Mas’ud. Pelbagai permasalahan umum pada diri kita saat berinteraksi dengan al-Quran. Antara lain ialah:

  1.  Kita sedar sepenuhnya bahawa tilawah setiap hari adalah keharusan, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk memberikan komitmen secara rutin sehingga dalam sebulan begitu banyak hari-hari yang dilalui tanpa tilawah al-Quran.
  2. Kita faham bahawa menghafal al-Quran adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk meraihnya dengan mujahadah.
  3.  Kita sedar bahawa masih banyak ayat yang masih belum kita fahami. Namun jiwa kita tidak bersedia untuk melakukan berbagai-bagai langkah walaupun yang paling minimum untuk dapat memahami isi al-Quran.
  4.  Kita sedar bahawa mwngajarkan al-Quran sangat besar fadhilatnya, tetapi kerana rendahnya penghargaan ummat terhadap al-Quran maka sangat sedikit yang bersedia menjadi tenaga pengajar al-Quran.
  5.  Kita faham bahawa solat yang baik, khususnya solat malam adalah solat yang panjang dan sebenarnya kita mampu baca banyak ayat, namun jiwa kita terkadang tidak tertarik terhadap besarnya fadhilat al-Quran dalam solat.
  6. Kita sedar bahawa dakwah dijamin oleh nas al-Quran dan Allah akan memberikan kemenangan, namun jiwa kita tidak sabar dengan prosesnya yang panjang sehingga cenderung meninggalkan atau lari dari medan dakwah.
  7. Kita faham betul bahawa banyak keutamaan di dunia dan di akhirat bagi manusia yang berinteraksi dengan al-Quran, tetapi fadhilat tersebut hanya menjadi pengetahuan, tidak mampu menghasilkan tenaga yang besar kepada diri kita untuk beristiqamah dalam berinteraksi dengan al-Quran.
  8. Kita faham dengan sangat jelas bahawa tokoh islam di atas bumi ini adalah orang-orang yang telah berjaya dalam ilmu al-Quran dan mereka pon menguasai kehidupan dunia, namun jiwa kita enggan mempersiapkan generasi mendatang yang hidupnya berada di bawah naungan al-Quran.
Justeru, jangan berhenti merayu diri agar segera bangkit. Tanyakanlah pada diri kita:
    
      Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah? Mengaku cinta kepada Allah tetapi tidak merasa senang berinteraksi dengan kalam-Nya. Sedangkan kalam-Nya itu umpama surat cinta daripada-Nya sebagai tanda kasih kepada kita sebagai hambaNya. Bukankah ketika manusia bercinta dengan manusia lain, dia menjadi senang dan gembira untuk membaca surat daripada kekasihmya, bahkan akan membaca berulang-ulang kali?
      
        Mengapa kamu begitu berat dan enngan hidup dengan wahyu Allah adakah jaminan bahawa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal soleh? Dengan apa lagi kamu mampu meraih pahala Allah? Infak Cuma sedikit, jihad belum bersedia. Kalau tidak dengan al-Quran, dengan apa lagi?

     Wahai jiwaku, siapa yang menjamin keamanann dirimu saat gentingnya suasana akhirat? Padahal Rasulullah memberi jaminan bahawa Allah akan memberikan keamanan bagi manusia yang rajin berinteraksi dengan al-Quran, mulai dari sakaratulmaut hingga saat melalui ttitian sirat.

     Waha jiwaku, tidakkah kamu merasa malu kepada Allah? Dengan nikmatNya yang demikian bannyak, yang diminta mahupun tidak, tidakkah kamu bersyukur kepadaNya? Lantas berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan memperbanyakkan  membaca al-Quran? Bukankah dengan cara mengakrabkan diri dengan al-Quran itu adadlah jambatan untuk melampiaskan rasa syukur kita kepada-Nya atas segala kurnia yang telah diberikan sepanjang usia kita di sunia ini?     

     Wahai jiwaku, sedarkah kamu ketika Allah dan RasulNya mengajak dirimu memperbanyakkan hidup bersama al-Quran? Untuk siapakah manfaat amal tersebut? Apakah kamu mengira bahawa dengan banyak membaca al-Quran maka kemuliaan Alah dan RasulNya akan bertambah? Dan sebaliknya, jika kamu tidak membaca al-Quran, kemuliaan itu akan berkuranngan? Sekali-kali tidak. Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak mendapatkan manfaatnya.

     Wahai jiwa, tidakkah kamu merasa khuatir dengan dirimu sendiri? Selama ini hidup tanpa al-Quran, sedang usia semakin menuu ke titik akhir, tabungan amal soleh masih sedikit, jaminan masuk syurga tidak ada di tangan. Sampai saat ini belum mampu tilawah secara rutin satu juzuk sehari. Jangan-jangan al-Quranlah yang tidak mahu bersama dirimu kerana begitu kotornya dirimu sehingga al-Quran semakin menjauh darimu.

      Wahai jiwa, tidakkah engkau terliur untuk mengikut jejak kehidupan Rasulullah dan para sahabat serta tabiin yang menjadi kenangan sejarah sepanjang zaman dalam berinteraksi dengan al-Quran? Jika hari ini kamu masih lagi enggan berinteraksi dengan al-Quran apa yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang tentang dirimu?

    Ungkapan di atas adalah renungan terhadap diri sendiri dalam urusan dunia dan akhirat. Ia adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Allah agar hidup kita tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang makna.
          “.......Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir, tentang dunia dan akhirat....”    
                                                                                    (Al-Baqarah: 219-220)
                               


≈ANA MUJAHIDAH≈

Sunday, 11 December 2011

AL-FATIHAH






NAMA-NAMA AL-FATIHAH

Rasululullah SAW memberikan banyak nama kepada AL-FATIHAH.
Antaranya :

Ummul – kitab : Ibu Al-Quran
Al-hamd : Segala puji
Al-Syifaa’ : Penawar
Al-waafiyah : Yang cukup (semua ada di dalamnya)
Al-kaafiyah : Yang cukup (yakni cukup dengan membaca dia sahaja)
Asasul Quran : Asas Al-Quran
As-sab’ul-Mathaani : Tujuh ayat yang berulang-ulang

Itulah nama-nama yang baginda Rasulullah SAW beri kepada Al-Fatihah.


SELURUH AL-QURAN DALAM AL-FATIHAH

Al-Fatihah dalam al-Quran tempatnya di depan sekali. Seluruh al-Quran, seluruh dunia, tertibnya mesti yang dudukdi depan sekali. Padahal bukan Al-Fatihah yang diturunkan dulu. Yang diturunkan dulu. Yang diturunkan dulu ialah Iqra’, Ya aiyuhal muzammil, Ya aiyuhal muddasthir. Tetapi pernahkah kita berfikir mengapa Al-Fatihah ditempatka di depan sekali?

Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Fatihah ini sebuah quran yang ku dapat.”

Seluruh al-Quran berada di dalamnya. Pernah Rasulullah SAW kataka kepada isteri-isterinya sebelum tidur, “Wahai Aisyah, wahai Hafsah, sudahkah khatam Quran sebelum tidur?” . mereka terkejut lalu bertanya: Bagamimana hendak khatam al-Quran sebelum tidur, ya rasulullah? Quran itu panjang, 114 surah, 30 juzuk, 6,666 ayat. Macaman nak khatam?
Rasulullah SAW senyum (bersabda) : “kalau baca al-Fatuhah sekali, sama banyak dengan khatam al-Quran.”
MasyaAllah! Sebab apa? Sebab seluruh al-Quran berada dalam al-Fatihah.


LIMA PERKARA DALAM AL-QURAN

Kalau orang tanya kita, dalam Quran ada apa? Jawabnya , ada lima perkara.
1) Tauhid dan ibadah
2) Kiamat (kita datang ke dunia ni semua untuk apa? Tunggu kiamat.)
3) Balasan (Di hari kiamat ada balasan – berita baik dan berita buruk.)
4) Akhlak ( Sebagai isteri, sebagai suami, sebagai anak, sebagai jiran, macaman akhlakkita sepatutnya.)
5) Sejarah 9Sejarah orang dahulu. Siapa Nabi Muhammad, siapa Ibrahim, siapa Musa, siapa Isa.)


Dan kebetulan kelima-lima perkara ini ada dalam al-Fatihah.

Kita kena tahu, tafsir itu lain dan makna itu lain. Ramai orang fikir apabila tahu makna surah itu ertinya tahu tafsirnya. Tidak. Makna lain, tafsir lain. Kalau kita tahu makna saja, tak cukup, kita mesti kena pandai tafsir juga.





LIMA PERKARA DALAM AL-QURAN

Kalau orang tanya kita, dalam Quran ada apa? Jawabnya , ada lima perkara.
1) Tauhid dan ibadah
2) Kiamat (kita datang ke dunia ni semua untuk apa? Tunggu kiamat.)
3) Balasan (Di hari kiamat ada balasan – berita baik dan berita buruk.)
4) Akhlak ( Sebagai isteri, sebagai suami, sebagai anak, sebagai jiran, macaman akhlakkita sepatutnya.)
5) Sejarah orang dahulu. Siapa Nabi Muhammad, siapa Ibrahim, siapa Musa, siapa Isa.)

Dan kebetulan kelima-lima perkara ini ada dalam al-Fatihah.
Kita kena tahu, tafsir itu lain dan makna itu lain. Ramai orang fikir apabila tahu makna surah itu ertinya tahu tafsirnya. Tidak. Makna lain, tafsir lain. Kalau kita tahu makna saja, tak cukup, kita mesti kena pandai tafsir juga.



FADHILAT AL-FATIHAH


Seelok-eloknya kita kena tahu dari Tafsir Ibnu Kathir, apakah kelebihan Al-Fatihah, apakah fadhilat Al-Fatihah, apakah gunanya Al-Fatihah.
Antara fadhilat Al-Fatihah:

1) Ada seorang hamba Allah namanya Abi Sa’id Ibni ma’allar.a, katanya, suatu masa aku duduk sembahyang, dan baginda Rasulullah SAW panggil saya dan bersabda:
“Mari sini wahai Sa’id. Aku nk ajar kamu satu surah yang terbaik dalam seluruh al-Quran.”

Surah apa? Alhamdulillahi rabbil Alamin. Al-Fatihah. Maknanya, satu daripada surah yang terbaik dalam seluruh al-Quran. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya al-Fatihah ini merupakan sebuah al-Quran yang aku dapat.”

2) Mengikut tafsir ibnu kathir, sebuah hadis dari Ubay bin ka’ab r,a, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada dalam Taurat, tidak ada dalam Injil, seperti Ummul Kitab.

Dan alFatihah ini terbahagi 2 iaitu di antara hamba Allah dan Allah. Tiap-tiap kali kita baca satu, Tuhan jawab satu. Sekejap lagi kita akan faham macamana kita baca apa, Tuhan jawab apa. Insayaallah akan diterangkan di bahagian akhir.

3) Ada suatu masa.... kadang-kadang kita kena pandailah juga guna al-Quran. Al-Quran ada di rumah kita. Al-Quran ada dalam hati kita. Dan kadang-kadang kita boleh guna sebagai kecemasan(emergency), kerana ubat rohani itu musatahak. Kadang-kadang ubat fizikal tanpa ubat rohani, tak jadi jugak. Oleh kerana yang mencipta penyakit ialah Allah, dan yang mencipta ubat juga Allah. Doktor ialah wasilah. Betul doktor pandai. Tetapi kalau Allah tak izin, tak berubat juga. Jadi kita kena gabungkan keduanya.

Di sini ada satu cerita berlaku di zaman Rasulullah SAW.
Ibn Abi Sa’id al-khudri berkata: Kami pergi berdakwah di suatu tempat, dan ketua kampung atau Tok Penghulu kampung itu terkena gigit serangga. Tiba-tiba bengkak, merah, gatal, sakit. Dia tanya, tak ada orangkah yang pandai jampi? Maka ada satu hamba Allah di antara yang beramai-ramai itu, boleh jadi Abi Sa’id Al-Khudri sendiri , berkata: Aku boleh.
Marilah hamba Allah yang terkena musibah ini , dan Abi Sa’id l-Khudri pun membaca sesuatu, lalu dia ambil sedikit air liurnya dan sapu di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Dibaca lagi dan disapu lagi dengan air liurnya. Tiba-tiba sakit itupun hilang.
Semua sahabat Rasulullah SAW bertanya, bagaimana awak boleh pandai jampi? Di mana awak belajar? Dia pon jawab: “ Demi Allah aku tidak membaca jampi melainkan dengan Ummul Kitab.”
Mendengar dia berkata begitu, Tok Penghulu pon memberi dia hadiah kambing, daging dan susu. Semua orang kata, “eh,jangan makan! Kita tanya Rasulullah dulu.” Dan apabila mereka tanya kepada Rasulullah, Rasulullah senyum dan berkata, “Macamana awak boleh tahu boleh jampi dengan Ummul Kitab?”

Maknanya, kalau kita sakit, kalau kita rasa nak muntah sewaktu dalam kapal terbang atau dalam kereta, bacalah Al-Fatihah. Untuk emergency, sebelum kita jumpa doktor. Sebab Rasulullah Saw kata as-saafiyah(penawar). Fatihah itu sebuah Quran, dan penawar.

4) Pada suatu masa Jibrail duduk bersama Rasulullah SAW dan tiba-tiba terdengar bunyi di siling tempat mereka duduk, dan banyak pintu terbuka di siling, lalu malaikt turun dan berkata:
“Tahniah ya Muhammad, ada dua cahaya yang nabi lain sebelummu tak dapat, iaitu Fatihatul-Kitab dan Khawatim Al-Baqarah.”
Khawatim Al-Baqarah ialah ayat-ayat di akhir surah Al-Baaqarah yag kita buat wirid harian, iaitu ayat Kursiy, Aamanar rasulu bima.....dan seterusnya.
Maknanya malaikat berkata kepada Rasulullah, ketika Jibrail duduk bersamanya: “Tahniah ya Muhammad. Tak ada dalam Taurat, tak ada dalam Injil, tak ada dalam Zabur, hanya istimewa buat kamu, iaitu Fatihah dan Khawatim Al-Baqarah.”

5) Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa solat tak baca Ummul-Kitab(al-Fatihah), solat dia tak sah. Tidak diterima oleh Allah SWT.”

Inilah fadhilat-fadhilat Al-Fatihah. Yang kita kena tahu, yang kita mesti baca masa sembahyang, yang boleh guna untuk jampi, boleh guna untuk segala-galanya. Insyaalah.





A’UUZU BILLAAHI

Kita sudah tahu dalam Al-Fatihah ada tauhid dan Ibadah, mengaku keesaan Allah dan beribadah kepadaNya. Kita sudah tahu dalam Fatihah ada Kiamat, ada akhlak, ada sejarah, ada hukum dan sebagainya. Sekarang marilah kita cari. Inilah tafsirnya. Di mana Tauhid?

Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW,

“Apabila kamu membaca Quran ya Muhammad, jangan lupa baca A’uzu billaahi minas syaitanir rajim.”

    Kalau musush itu manusia, senang kita buat baik dengan dia, dia akan jadi baik. Tetapi musuh kita daripada syaitan, kita tak boleh buat baik. Kita kena hambat dia. “Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada syaitan yang direjam.” Baru syaitan lari.
Jadi, ini satu doa, yang kita kena ingat. Mesti baca ketika nak baca Quran. Ini suruhanAllah kepada Rasulullah SAW. Dan doa ini juga mustahak apabila kita marah. Marah sangat-sangat. Baca A’uzu billaahi minas syaitanir rajim. Ulang tiga kali. Ok. Selamat mencuba.(^_^)




BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

Bismillaahir rahmaanir rahiim ini sebenarnya ada ulama yang kata ayat Quran, dan ada ulama yang kata ia bukan ayat Quran. Ini satu ayat yag apabila Allah turunkan, Nabi Muhammad boleh tahu surah ini habis, surah ini mulai. Kalau tak ada bismillaahir rahmaanir rahiim kita tak tahu surah ini surah yang baru atau yang sama. Tetapi kalu kota tengok surah An-Namlu(semut), terdapat ayat bismillah ini di dalamnya. Maknanya, ini ayat Quran.

   Selain itu ulama ikhtilaf (berselisih pendapat) pula, ada yang kata kena jahriyah(nyaring) bila kita membancanya, dan ada yang kata tak payah jahriyah. Kalau kita di Mekah, tak dengar bismillahir rahmaanir rahiim. Kita dengar terus saja Alhamdu lillaahi rabbil ‘alamin. Dia bismillah di dalam. Dia tak jahriyah.
   Tak mengapalah, kita mazhab Syafie, kita jahriyah. Boleh jadi mazhab lain dia tak jahriyah. Tapi ayat Quran.

“dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyyang.”

‘Allah’ ialah satu nama daripada nama-nama Tuhan. Tuha ada 99 nama. Tetapi ‘Allah’ ini kemungkina besar (wallahu a’lamu bissowab) ialah nama teragung Tuhan. Kemungkinan Besar. Kerana itu kalau sahabt-sahabat semua kalau nak minta apa-apa daripada Tuhan, jangan kata “ya Tuhanku, tolonglah ya Tuhanku.” Lebih baik kita minta macam ni:

“Ya Allah. Ya Allah ya Tuhanku Ya Allah! Ya Allah!”

Kemungkinan besar nama teragung Tuhan ialah Allah. Yang kita minta apa-apa Tuhan bagi, ialah Allah. Banyak ulama kata kemungkinan besar. Wallahu a’lamu bissowab. Dan kalau kita tengok:

Rasulullah kata:
“Nama teragung Allah dalam ayat ini.”
Jadi, kemungkinan besar nama teragung-Allah.

Bismillaahir rahmaanir rahiim. Rahman dan Rahim. Padahal nama Tuhan ada 99. Kenapa kita kata “Dengan nama Allah yang maha kasih lagi maha penyayang”? kita tak kata bismillahil mu’izzul muzil, bismillahil muntaqimul jabbar. Kalau kita kata Bismillaahi auwalu wal aakhir, orang akan kata, “Eh, pelik dia ni. Tak pernah dengar pon orang sebut macam ni.”

Selalunya mesti bismillah ar-rahmaan ar-rahiim. Mengapa? Kerana sifat Rahamn melebihi sifat yang lain. Tuhan ada 100 rahmah. Baru satu di dunia. 99 di akhirat nanti.
     Dan ulama kata apa? Rahman untuk seluruh makhluk. Tapi Rahim khas untuk orang mukmin, orang beriman di akhirat nanti. Itulah Rahman dan Rahim.  Rahaman untruk seluruh makhluk. Tak kirea muslim atau bukan muslim. Tapi, Rahim untuk orang mukmin sahaja.









RAHSIA RAHMAN DAN RAHIM

Rahman dan Rahim ini ada rahsianya. Cubalah sahabat-sahabat sekalian kalau tengah bersedih, kalau tengah dilanda musibah, ada masalah, hendakkan pertolongan segera daripada Allah, zikirlah banyak-banyak.

Ya Rahmaan Ya Rahiim
Ya Rahmaan Ya Rahiim Ya Allah

Nabi sendiri kalau ada masalah, kata Anas bin Malik: “aku boleh tahu Nabi Muhammad kalau ada masalah, dia tengok ke langit, dan dia ulang banya kali:

Ya Rahmaan Ya Rahiim
Ya Arhamar Rahimin Arhamna
Ya Arhamar Rahimin Arhamna

Sahabat-sahabat sekalian boleh berdoa seperti yang di atas. Cubalah! Itu rahsia nama-nama Husna Allah. Nasihat Allah dalam al-Quran banyak kali. Dan Nama Husna Allah ini banyak. Jadi megapa Allah SWT letak rahman dan Rahim ini? Oleh kerana Rahmah Tuhan melebihi segala sifat-sifat yang lain.

Dan rasulullah SAW apabila naik mi’raj, baginda berkata: “di Loh Mahfuz, Allah telah tulis besar-besar iaitu:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Rasulullah ialah Muhammad.
Sesungguhnya rahmat-Ku melebihi kemarahan-ku.


Maknanya sifat utama Allah ialah Rahmah, dan kerana itu kita mestilah apabila nak mulai sesuatu tu, kena mulai dengan Bismillaahir Rahmaanir rahiim. Dalam mazhab Shafie, kalau kita nak sembelih, kita kena mulakan dengan Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Apabila kita nak makan juga perlu dimulakan dengan Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Rasulullah kata, bila kita nak makan, mesti “Ibda’ bi-yaminik-makan dengan tangan kanan, dan baca Bismillaahir Rahmaanir rahiim.”







ALHAMDULILLAH

Alhamdu Lillahi Rabbil Alamin
Segala Puji dan syukur kepada Allah


Di sini juga ada ayat Tauhid – rabbil ‘aalamin. Rabb – Tauhid Rububiyyah. Rabbil ‘aalamin – Tuhan Seluruh Alam. Alam yang kita tahu, alam yang kita tak tahu, alam yang nampak, alam yang tak nampak, alam jin, alam manusia, dan alam-alam lain.

Rabbil ‘aalamin ialah tauhid Rububiyyah. Tauhid sifat ialah Bismillah, Ar-rahman, ar-rahim. Itulah Tauhid yang saya kata satu daripada satu daripada yang mustahak di dalam al-Quran. Dan kita mesti sentiasa menghayati Alahmdulillah ini. Contohnya, bila orang tanya kita, “awak dah makan?” kita jawablah...”Alhamdulillah. sudah makan”. Bila orang tanya kita, “awak sihat?” kita jawablah.....”Alhamdulillah, sihat”.. “apa khabar anak-anak?” .. “ alhamdulillah. Baik. Jangan kata macam ni pulak ye... (apa khabar anak-anak?)... “baik...”... Sebaik-baiknya apabila nak jawab pertanyaan tu... kita kata Alhamdulillah... bila orang tanya kita, “dah makan?”...kita pon jawab dah... tak boleh la macam tu. Hayatilah Alhamdulillah ni ye..

Allah SWT berfirman:

“kamu syukur, aku tambah nikmat”
“jika kamu kufur, tidak bersyukur, aku akan tambah seksaan pula, seksaan yang amat berat”

Dan kerana itu sahabat-sahabat , ingatlah! Hayatilah! Hayatilah Alhamdulillah! Al-Quran kita dimulai  dengan Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin. Sebab apa? Sebabnya kita ini muslim. Kita ini Muwahhidin-Tauhid. Kita ini umat Nabi Muhammad SAW.


<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->










MAALIKI YAUMIDDEEN

Inilah kiamat. Kita sudah mengaku ada kiamat. Tak mengaku ada kiamat, kafir. Tak mengaku ada kiamat, bebas kita melakukan sesuatu ikut suka hati. Hari kiamat ialah hari yang memisahkan antara yang baik dan yang jahat, yang taat dan yang derhaka kepada Allah. Jadi, kita dah mengaku, Maaliki Yaumiddeen.

Masya Allah! Yaumiddeen, sahabat-sahabat sekalian. Kenapa Yaumiddeen? Hari Ad-Deen! Hari yang akan ditunjuk mana Deen(agama) yang betul. Yaumuddeen. Ketika hari tersebut. Semua manusia akan lari bertempiaran.

“hari yang tidak ada sesiapa boleh tolong yang lain.
Segala urusan hanya urusan Allah.”

Rasulullah Saw bersabda:
Manusia hari itu, berada dalam keadaan paling sedih.....

Itulah Yaumuddeen! Tak ada siapa yang berkuasa hari itu melainkan Allah SWT. Tak ada sesiapa boleh bercakap melainkan dengan izizn Allah SWT. Tak ada sesiapa boleh bergerak melainkan dengan izin Allah SWT.

Maaliki yaumiddeen. Itu kiamat. Dan kiamat adalah satu perempat daripada seluruh Al-Quran. Subhanallah!