Wednesday 11 January 2012

AL-QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... sahabat2 sekalian,  Minggu lepas ana ada baca sebuah buku...menarik buku tu.. tajuknya, ‘I LUV ALQURAN AND YOU?’....ha! macam tu lah tajuknya..Hari ni saya akan berkongsikan serba sedikit tentang apa yang ana dah baca...

AL QURAN



“ cintailah al-Quran agar hidupmu tenang”

Do you really love Alquran? Pertanyaan sederhana yang perlukan jawapan yang luar biasa. Apakah selama ini kita mencintai Al-Quran? Sejauh mana cinta kita terhadap al-Quran?

    “Oh, saya sangat mencintai al-Quran. Saya ada banyak al-Quran di rumah saya.” Mungkin itu yang akan kita katakan. Kita punya banyak al-Quran di rumah kita, tetapi kita jarang menyentuhnya. Kita tidak membacanya, tidak kita menelaahnya. Ada al-Quran yang hanya kita sentuh saat kita hendak mendoakan orang telah pergi. Ada yang baca al-Quran masa nak kahwin ja. Ada pulak yang baca masa dia nak angkat sumpah ja.

    Itulah kenyataannya. Itulah hakitnya. Cinta kita kepada al-Quran belum sempurna. Cinta kita kepada al-Quran hanyalah sebatas kata-kata sahaja. Belum ada realisasinya. Bahkan mungkin di sebatas di bibir sahaja. Hanya terluah melalui kata-kata pengakuan tetapi belum terbukti dengan kesungguhan dan istiqamah kita dalam meneladaninya. Yakni membaca, menelaah, mengutip iktibar apatah lagi menjadikannya sebagai panduan dalam segenap urusan seharian kita.

     Tetapi bandingkkan cinta kita kepada komik, novel,kepada surat khabar? Betapa kita merasai sangat kecewa apabila terlepas satu tajuk novel terbaru. Betapa kita sangat kecewa apabila terlepas satu edisi surat khabar. Kenapa jadi begitu terbalik?
Cinta kita kepada komik, novel dan yang lain sudah sangat luar biasa. Hidup terasa tidak menyenangkan. Suram, sedih, dan gelisah apabila kita tidak mendapatkan itu semua. Sungguh menyedihkan!

        Sila jawab pertanyaan ini. “do you really love al-Quran?” apakah kita benar-benar mencintai al-Quran?  Sudah berapa banyak kita meluangkan waktu untuknya? Sudah sebanyak mana segala petunjuk yang terkandung di dalamnya. Kita jadikan pedoman untuk menguruskan kehidupan seharian? Sudah berapa kali kita menghafal, mengkhatam, dan membacanya berulang-ulang? Mungkin kita hanya menghafal beberapa ayat sahaj. Itupun sekadar untuk digunakan sebagai bacaan dalam solat. Mungkin sahaja kita belum mampu membacanya. Subhanallah! Di manakah cinta kita kepada satu-satunya kitab suci kita itu?

      Hanya almari tempat kita menyimpan kitab suci itu. Kitab itu tidak perdah beralih ke hati dan perasaan kita. Belum juga mampu menjadi akhlak seharian kita selama ini. Biarkan usia semakin berlalu tetapi al-Quran masih belum juga meresap  ke dalam jiwa kita. Bahkan, mungkin juga semakin meningkat usia kita, semakin semakin jauh al-Quran dari hati  dan perasaan kita. Kita gagal untuk mengakrabkan diri dengan kalamullah ini.

      Kenapa jadi begitu? Apakah kerana selama ini memang cinta kita kurang besar, maka kita tidak serius mencintai alQuran? Masih separuh-separuh sahaja dan tidak beranjak menjadi lebih serius. Atau mungkin sahaja cinta kita belum sedikit pun bertunas untuk al-Quran. Mungkin sahaj, segala cinta kita sibuk melayani kehendak duniawi, hingga terlupa untuk menyenaraikan kitab suci ini sebagai antara yang perlu dicintai dalam kehidupan ini.

      Al-Hasan bin Ali berkata, “Generasi sebelum kalian telah memandang al-Quran sebagai surat daripada Tuhan(Kekasih) mereka. Yang mereka baca  dan hayati di malam hari, dan mereka terapkan di siang hari.”
Maka, sesiapa sahaja mencintai al-Quran nescaya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Demikian kata-kata Ibnu Mas’ud. Pelbagai permasalahan umum pada diri kita saat berinteraksi dengan al-Quran. Antara lain ialah:

  1.  Kita sedar sepenuhnya bahawa tilawah setiap hari adalah keharusan, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk memberikan komitmen secara rutin sehingga dalam sebulan begitu banyak hari-hari yang dilalui tanpa tilawah al-Quran.
  2. Kita faham bahawa menghafal al-Quran adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk meraihnya dengan mujahadah.
  3.  Kita sedar bahawa masih banyak ayat yang masih belum kita fahami. Namun jiwa kita tidak bersedia untuk melakukan berbagai-bagai langkah walaupun yang paling minimum untuk dapat memahami isi al-Quran.
  4.  Kita sedar bahawa mwngajarkan al-Quran sangat besar fadhilatnya, tetapi kerana rendahnya penghargaan ummat terhadap al-Quran maka sangat sedikit yang bersedia menjadi tenaga pengajar al-Quran.
  5.  Kita faham bahawa solat yang baik, khususnya solat malam adalah solat yang panjang dan sebenarnya kita mampu baca banyak ayat, namun jiwa kita terkadang tidak tertarik terhadap besarnya fadhilat al-Quran dalam solat.
  6. Kita sedar bahawa dakwah dijamin oleh nas al-Quran dan Allah akan memberikan kemenangan, namun jiwa kita tidak sabar dengan prosesnya yang panjang sehingga cenderung meninggalkan atau lari dari medan dakwah.
  7. Kita faham betul bahawa banyak keutamaan di dunia dan di akhirat bagi manusia yang berinteraksi dengan al-Quran, tetapi fadhilat tersebut hanya menjadi pengetahuan, tidak mampu menghasilkan tenaga yang besar kepada diri kita untuk beristiqamah dalam berinteraksi dengan al-Quran.
  8. Kita faham dengan sangat jelas bahawa tokoh islam di atas bumi ini adalah orang-orang yang telah berjaya dalam ilmu al-Quran dan mereka pon menguasai kehidupan dunia, namun jiwa kita enggan mempersiapkan generasi mendatang yang hidupnya berada di bawah naungan al-Quran.
Justeru, jangan berhenti merayu diri agar segera bangkit. Tanyakanlah pada diri kita:
    
      Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah? Mengaku cinta kepada Allah tetapi tidak merasa senang berinteraksi dengan kalam-Nya. Sedangkan kalam-Nya itu umpama surat cinta daripada-Nya sebagai tanda kasih kepada kita sebagai hambaNya. Bukankah ketika manusia bercinta dengan manusia lain, dia menjadi senang dan gembira untuk membaca surat daripada kekasihmya, bahkan akan membaca berulang-ulang kali?
      
        Mengapa kamu begitu berat dan enngan hidup dengan wahyu Allah adakah jaminan bahawa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal soleh? Dengan apa lagi kamu mampu meraih pahala Allah? Infak Cuma sedikit, jihad belum bersedia. Kalau tidak dengan al-Quran, dengan apa lagi?

     Wahai jiwaku, siapa yang menjamin keamanann dirimu saat gentingnya suasana akhirat? Padahal Rasulullah memberi jaminan bahawa Allah akan memberikan keamanan bagi manusia yang rajin berinteraksi dengan al-Quran, mulai dari sakaratulmaut hingga saat melalui ttitian sirat.

     Waha jiwaku, tidakkah kamu merasa malu kepada Allah? Dengan nikmatNya yang demikian bannyak, yang diminta mahupun tidak, tidakkah kamu bersyukur kepadaNya? Lantas berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan memperbanyakkan  membaca al-Quran? Bukankah dengan cara mengakrabkan diri dengan al-Quran itu adadlah jambatan untuk melampiaskan rasa syukur kita kepada-Nya atas segala kurnia yang telah diberikan sepanjang usia kita di sunia ini?     

     Wahai jiwaku, sedarkah kamu ketika Allah dan RasulNya mengajak dirimu memperbanyakkan hidup bersama al-Quran? Untuk siapakah manfaat amal tersebut? Apakah kamu mengira bahawa dengan banyak membaca al-Quran maka kemuliaan Alah dan RasulNya akan bertambah? Dan sebaliknya, jika kamu tidak membaca al-Quran, kemuliaan itu akan berkuranngan? Sekali-kali tidak. Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak mendapatkan manfaatnya.

     Wahai jiwa, tidakkah kamu merasa khuatir dengan dirimu sendiri? Selama ini hidup tanpa al-Quran, sedang usia semakin menuu ke titik akhir, tabungan amal soleh masih sedikit, jaminan masuk syurga tidak ada di tangan. Sampai saat ini belum mampu tilawah secara rutin satu juzuk sehari. Jangan-jangan al-Quranlah yang tidak mahu bersama dirimu kerana begitu kotornya dirimu sehingga al-Quran semakin menjauh darimu.

      Wahai jiwa, tidakkah engkau terliur untuk mengikut jejak kehidupan Rasulullah dan para sahabat serta tabiin yang menjadi kenangan sejarah sepanjang zaman dalam berinteraksi dengan al-Quran? Jika hari ini kamu masih lagi enggan berinteraksi dengan al-Quran apa yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang tentang dirimu?

    Ungkapan di atas adalah renungan terhadap diri sendiri dalam urusan dunia dan akhirat. Ia adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Allah agar hidup kita tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang makna.
          “.......Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir, tentang dunia dan akhirat....”    
                                                                                    (Al-Baqarah: 219-220)
                               


≈ANA MUJAHIDAH≈

No comments:

Post a Comment