Saturday 14 April 2012

UNDIAN MAUT








*sambungan dari NAZAR ABDUL MUTALIB


Nampaknya keadaan di rumah Abdul Mutalib hingar bingar dengan kehadiran orag Quraisy. Mereka bercakap sesama sendiri berkenaan nazar Abdul Mutalib.

“Kamu rasa Abdul Mutalib mahu laksanakan nazarnya itu?” tanya seorang pemuda Quraisy kepada sahabatnya.

“Saya juga kurang pasti. Sekiranya saya yang menjadi Abdul Mutalib, pasti saya carikan jalan lain selain menyembelih anak kandung sendiri,” jawab pemuda itu.

“Saya juga berfikiran begitu,” sambung pemuda yang alin pula.

Tiba-tiba kedengaran suara yang agak keras daripada seseorang yang sudah berumur. Dia sedang menunjukkan percakapannya kepada Abdul Mutalib yang duduk di tengah-tengah kerumunan manusia yang berbangsa Quraisy itu.

Katanya, “Wahai Abdul Mutalib, kamu adalah lelaki mulia dan penyelamat kabilah kita. Hanya kerana tangan kamu yang menghayun cangkul, tanah Mekah sudi mengeluarkan kembali air dari telaga zamzam.”

Sekalian hadirin sedang menumpukan perhatian kepada orang tua yang sedang bercakap itu. Kemudian dia menyambbung lagi , “saya mewakili semua kabilah Quraisy merayu kepada kamu supaya membatalkan sahaja nazar kamu itu, ataupun gantikan sahaja dengan nazar lain yang setimpal.”

Abdul Mutalib diam seribu bahasa, wajahnya mencuka.

Beberapa ketika kemudian, dia memandang hadirin lalu berkata, “Tuan-tuan dan puan-puan, apakah kamu semua fikir yang nazar kepada tuhan adalah perkara main-main? Saya tetap laksanakan nazar saya.”

Orang tua itu masih tidak putus asa dan merayu, “Kami khuatir sekiranya kamu melaksanakan nazar itu, akan timbul amalan baru yang menjadi ikutan kepada anak cucu kita.”

Ada beberapa suara menyampuk namun tidak jelas. Abdul Mutalib tetap memasang telinganya. Melihat Abdul Mutalib tidak memberikan reaksi kepada kata-kata para hadirin, mereka akhirnya diam.

Saat itu Abdul Mutalib berkata, “Saya sudah bernazar, ia wajib dilaksanakan.”
Hadirin terkedu.

Sepuluh anak lelaki Abdul Mutalib kemudian datang berdiri mengelilingi Abdul Mutalib. Mereka seakan bersedia bagi menerima apa sahaja keputusan ayah mereka. Tiada gambara takut pada wajah mereka.

Hadirin kagum dengan mereka semua. Apa yang mereka lebih kagumkan ialah Abdul Mutalib sendiri keraa berjaya mendidik dan menjadikan kesemua anak-anaknya sebagai pahlawan padang pasir yang tidak takut mati.

“Sungguh berani........ kami kagum kepada kamu. Kamu bukan sahaja berjaya menjadi pemimpin kabilah kita yang berkaliber, malah sebagai seorang ayah yang gagah perkasa dan prihatin juga.” Kata seseorang kepada Abdul Mutalib.

“Lihat anak-anak Abdul Mutalib, inilah pemuda Quraisy yang sejati. Sekiranya ada 100 orang lagi anak Abdul Mutalib, saya pasti tiada makhluk di atas muka bumi ini berani menyerang kaum Quraisy lagi,” laung seseorang di celah kerumunan manusia itu.

Salah seorang daripada anak Abdul Mutalib yang berada di sampingnya saat itu kemudian berkata dengan suara yang keras dan menggentarkan hadirin. “Kami adalah anak Abdul Mutalib, penjaga Kaabah yang tangannya sudah menyelamatkan tanah Mekah. Kami tidak gentar walaupun terpaksa mengorbankan nyawa kami. Jangan gentar, tunaikan nazar itu supaya redha Tuhan bersama kita.”

Kata-kata serentak itu disambut oleh adik-beradiknya yang lain. “Benar kami tidak gentar, pilih sahaja salah seorang daripada kami, wahai ayahanda.”

“Ini sungguh tidak masuk akal.” Getus salah seorang hadirin.

“Nampaknya tidak ada apapun yang dapat menghalang Abdul Mutalib daripada melaksanakan nazarnya itu,” sahut rakan hadirin itu.

Tatkala itu, kedengaran suara tangisa wanita. Rupa-rupany isteri-isteri Abdul Mutalib sedang risau. Apakah anak mereka yang bakal menjadi korban?

Masing-masing tidak mampu lagi menahan sebak dan gundah yang hadir, “Ya Tuhan, janganlah Kamu kamu pilih anakku sebagai nazar korban ini.”

“Whai Abdul Mutalib, suami kepada kami dan ayah kepada anak-anak kami, apakah tidak ada lagi jalan lain selain mengorbankan salah seorang anak kamu, darah daging kamu yang kami kandungkan? Mengapa tidak digantikan dengan binatang ternakan, kambing dan unta yang menjadi korban menggantikan mereka?” rayu salah seorang isteri Abdul Mutalib.

Isteri-isteri yang lain seraya memandang Abdul Mutalib dengan pandangan yang basah dengan air mata kasih seorang ibu, air mata kerisauan, air mata harapan.

Abdul Mutalib memandang satu persatu wajah mereka. Tegar sekali. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke langit malam lalu berkata, “Saya sudah bernazar dan setiap Nazar itu wajib ditunaikan.”

Remuk redamlah hati wanita-wanita yang menjadi suri Abdul Mutalib itu. Kini mereka sedar yang tekad Abdul Mutalib tidak mampu lagi diubah. Walaupun ditawar intan permata, walaupun diberi selauta harta, bagi Abdul Mutalib, nazar kepada Tuhan tetap perlu dilaksanakan.

Situasi itu menjadi igauan dan mimpi buruk kepada penduduk Mekah. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya seorang ayah mahu menyembelih anak kandungannya? Bagaimana pula perasaan ibu kepada anak-anak itu?

“Malang sungguh isteri-isteri Abdul Mutalib!” kata seorang makcik yang tidak mampu menunggu lebih lama di majlis itu.

Bagaimanapun, ada rintihan yang sedikit berbeza bunyinya. Ia datang daripada anak-anak gadis yang sentiasa mendambakan Abdullah, anak Abdul Mutalib yang sempurna itu.

“Ketampanan dan kegagahab Abdullah sia-sia sekiranya nyawa melayang di hujung pisau sembelihan bapanya sendiri. Tuhanku jangan kamu pilih dirinya kerana saya mahu hidup bersamanya,” rintih seorang gadis.

Ternyata bukan gadis itu sahaja yang mengucapkan doa begitu, namun hampir keseluruhan anak gadis Quraisy mendoakan perkara yang sama kepada Abdullah.

Di suatu sudut bilik yang gelap, kedengaran juga rintih doa dari seseorang yang mulus. Dari siang tadi dia tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan supaya pemuda yang bernama Abdullah selamat daripada menjadi korban nazar ayahnya

“Wahai Tuhan, saya tidak tahu mengapa, saya resah dan gelisah memikirkan hal ini. Saya yakin para isteri Abdul Mutalib pasti merayu kepadanya, namun saya juga tahu yang nazar Abdul Mutalib seteguh bukit di sekeliling lembah gersang ini. Saya juga khuatir sekiranya yang terpilih kelak adalah Abdullah. Saya tidak tahu Tuhan, mengapa saya gelisah dan resah. Semoga kamu kasihan kepada kami dan berika ikhtiar selain menjadikan manusia sebagai korban kepadaMu.”

Malam itu berakhir dengan seribu satu gundahdan tanya. Siapakah yang bakal disembelih esok lantas lantas menjadi korban kepada Tuhan bagi melunaskan nazar Abdul Mutalib.

............................................


Mentari pula menyinar, sedikit demi sedikit menuju ke puncak. Penduduk Mekah bangun awal walaupun tidur lewat semalam. Malah ada yang tidak dapat melelapkan mata langsung, namun digagahi juga bagi melihat Abdul Mutalib melaksanakan nazarnya.

“Mari kita ke sana segera,” tingkah seorang lelaki.

“kemana?” tanya isterinya.

“Melihat siapa yang menjadi korban kepada nazar Abdul Mutalib.”

Tiba-tiba.........

“Itu rombongan Abdul Mutalib, dia sedang berlalu di depan rumah kita, kelihatan dia membimbit sebilah parang sembelihan,” kata lelaki itu.

“Di mana?” soal isterinya.

“Mahu mengikut mereka?” soal osterinya.

“Ya, bagaimana kamu?”

“Tidak sanggup saya melihat kekejaman ini, “ jawab isteri kepada pemuda Quraisy itu.

“Sekiranya begitu, saya sahaja yang pergi.kamu tinggal di rumah.”

Isteri pemuda Quraisy itu hanya mampu mengangguk. Pemuda itu kemudiannya menyertai robongan yang ramai jumlahnya. Debu-debu kering berterbangan memenuhi ruang udara.

Dia kemudian mencuit seorang lelaki yang lebih tua di sebelahnya lalu bertanya, “Adakah semua anak lelaki Abdul Mutalib ada? Ataupun ada yang melarikan diri?”

Lelaki tua itu menjegilkan matanya. “Apakah kamu sedar apa yang kamu cakapkan? Orang yang melaksanakan nazar o=itu adalah Abdul Mutalib, ketua kabilah Bani Hasyim yang mulia. Anak-anaknya yang diasuh tidak gentar kepada maut!”

Pemuda itu terdiam lalu cuba meloloskan diri ke hadapan. Hampir sahaja sampai di barisan hadapan, baru dia lihat kesepuluh anak Abdul Mutalib ada, bahkan sebenarnya keseluruhan ahli keluarga daripada kabilah bani Hasyim juga hadir pada pagi itu.

Terdengar raungan para ibu............

“Nasib apakah ini!” Salah seorang isteri Abdul Mutalib meretap keras.

“Ini adalah kejam! Tolonglah batalkan sahaja!” jerit hadirin yang lain.

“Tolonglah...... mereka ini masih muda, baru mahu mengenal dunia, sudah disuruh mati, kasihannya!” rayu hadirin yang lain pula.

Ratap hiba itu bertrusan dan menggemparkan seisi Mekah. Mereka berarak sehingga sampai di hadapan Kaabah dan melakukan tawaf.

Selepas itu mereka semua berkumpul di hadapan Hubai, berhala yang paling besar antara yang lain. Mereka hanya mampu memandang berhala itu dengan mata hati yang membara.

Kini, di hadapan berhala yang diperbuat daripada batu itu, ada segelintir hati yang menyumpah. Mereka seakan tidak bersetuju nyawa mausia perlu dikorbankan bagi dipersembahkan kepada berhala yang tidak punya kuasa apapun itu.

“Apakah patung ini punya manfaatnya? Sehingga perlu dikorbankan manusia untuknya!” getus salah seorang hadirin dalam hati. Dia tidak berani menyuarakan perasaannya itu kerana buruk padahnya kelak sekiranya didengari pembesar Quraisy.

“Sekiranya Ibrahim dan Ismail masih hidup, mereka pasti melaknat urusan ini. Ini bukan ajaran Tuhan yang benar, ini hanya perlakuan orag yang sesat!” tingkah yang lain pula.

Beberapa orang yang mendengar sahabat mereka sedang mengata-ngata perihal keburukan dan kejelikan berhala memberi amaran, “Jangan kalian berbicara sebegitu, takut nanti ditimpa musibah.”

Ada pula yang menambah. “Ya, lebih baik kita mendiamkan diri. Walaupun berhala ini bukan Tuhan yang sebenar namun ia dianggap sebagai wakil Tuhan yang setaraf denganNya. Jangan kita ingkari ajaran nenek moyang kita.”

Saatnya kini sudah tiba, keringat jantan mula membasahi Abdul Mutalib.

“Nampaknya Abdul Mutalib sedang bertafakur.” Mereka yang berada di situ sedag memerhatikan setiap tingkah Abdul Mutalib.

“Ya, segalanya terjawab sebentar sahaja lagi,” jawab beberapa orang yang ada di situ.

Tiba-tiba.........

“Wahai penjaga berhala, keluarkan tempurung itu dan goncanglah!”
Abdul Mutalib bertempik keras kerana yang dimaksudkan dengan tempurung itu adalah bekas yang di dalamnya ada nama anak-anaknya bagi menentukan siapa yang menjadi korban nazar nanti.

“Biar Tuhan tentukan, siapa yang dia mahu. Saya sudah bernazar mahu menyembelih salah seorang daripada sepuluh anak saya dan tidak ada perkara yang dapat menghalangnya. Tentukanlah siapa yang akan disembelih itu.” Abdul Mutalib berkata dengan yakin.

Hadirin semakin gusar memikirkan apa yang bakal berlaku, memikirkan siapa yang menjadi jamuan parang sembelihan yang tersisip kemas di pinggang Abdul Mutalib.

Pisau itu berkilat-kilat dipantul cahaya mentari seakan-akan tidak sabar lagi membaham mangsanya.

Undian bermula..............................


*natikan sambungannya.. :)

Friday 24 February 2012

NAZAR ABDUL MUTALIB

*sambungan daripada calon suami*


Di padang pasir memutih itu, Nabi Ibrahim diperintah Tuhan meninggalkan anak kesayagan yang masih merah bersama isterinya yang cekal. Ismail yang masih hijau pucuk itu menangis menagih susu daripada bondanya.

Siti Hajar kebuntuan.

Ismail adalah anak perkongsian kasih dengan suami tercinta Ibrahim, dan mereka berdua terpelanting jauh dari bumi Palestin ke padang pasir yang entah di mana. Walau bagaimanapun, mereka akur dan redha, tatkala tahu itu adalah suruhan Allah kepada suaminya, seorang nabi dan rasul.

Kaki Ismail menujah-nujah ke tanah dek kerana kelaparan dan kehausan. Siti Hajar berkejaran antara Safah dan Marwah sebanyak tujuh kali dalam kekalutan melihat fatamorgana yang diimpikan sebagai air. Mahunya air untuk anaknya semata-mata, dirinya tidak diutamakan kala itu.

Ismail terus menujah, sehingga Allah dengan kuasaNya, memanculkan pancutan air yang membuak-buak dari bumi yang berkat itu. Itulah sejarah bumi Mekah, bumi sejarah bapa segala nabi, Ibrahim dan anakandanya, Ismail.

Kini Mekah menjadi tumpua untuk orang Arab di rantau itu. Mereka berkumpul di Mekah bagi menuaikan haji. Paling tidak yang bermusafir dan berdagang pasti singgah berdagang dan berehat sambil menikmati sendiri air berkat yang hanya didapati di situ, ianya adalah air zamzam.


..............................................


Hari itu, sekumpulan musafir yang melalui Mekah singgah saat sag mentari sedang mencanak di ubun-ubun kepala dan memancarkan sinar dengan gah dan angkuh sekali di dada langit.

Mereka terkejut.

“Lengang sungguh kota Mekah waktu ini. Ke manakah semua penghuninya? Adakah mereka sudah meninggalkan tanah tumpah darah mereka ini?” soal ketua rombongan musafir itu.

“Bukan begitu, tuan..... sebenarnya menjadi tabiat orang di sini, pada saat mentari terik memancarka sinar, mereka hanya berehat dan tidur di rumah,” jawab pembantunya.

“Benarkah begitu?”

“Benar tuan, itu mengikut pengalaman saya yang sudah beberapa kali singgah di sini. Jangan risau, orang Arab Quraisy amat meraikan tetamu-tetamu mereka. Walaupun musuh mereka sendiri, sekiranya datang sebagai tetamu, orang Arab Quraisy akan sambut dan raikan mereka sebaik mungkin.”

“Sekiranya begitu tuan, kita cari tempat berehat dahulu. Apabila matahari sudah condong dan bahang panas sudah mengurang, para pembesar Mekah berkumpul di suatu sudut berdekatan Kaabah. Saat itu, kita boleh berjumpa dan berbual-bual dengan mereka. Sekiranya benar tuan mahu bersahabat dengan mereka, sediakan hadiah yang hebat-hebat lalu berikan kepada mereka semua. Itulah cara yang paling baik bagi menjadi sekutu mereka.” Cadang pembantunya.

Ketua musafir itu tersenyum. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

Namun pada hari itu, tatkala matahari masih terik memancar sinarnya, Abdul Mutalib tidak berehat di rumah seperti biasa. Seakan tidak mampu lagi menanggung permasalahan yang menjadi bebanannya, dia merasakan dirinya perlu berbincang dengan seseorang dengan segera. Dia mahu pergi ke rumah sahabatnya yang bijaksana dan setia itu bagi meluahkan apa yang berbuku di benak sanubarinya.

Abdul Mutalib mahu mengajak Wuhaib berbicara selepas matahari mulai senget dan menyembunyikan dirinya di balik gunung dan bukit di sekitar lembah itu. Abdul Mutalib keluar awal dan singgah di rumah Wuhaib terlebih dahulu sebelum mereka berdua menuju ke tempat biasa untuk para pemuka Quraisy yang berkuasa di Mekah ketika itu bertemu dan berbincang.

Di sana, dia menemui sedikit ketenangan. Walaupun dia akhirnya tidak jadi meluahkan permasalahannya kepada sahabatnya yang juga bapa mertuanya itu. Sebelum mereka berdua keluar dan menuju ke tempat berkumpulnya para pembesar Mekah, ada hal yang perlu dibincangkan sesama mereka. Selepas mereka berdua duduk dengan aman, Wuhaib memulakan bicara.

“Wahai sahabatku pemimpin kaum yag mulia, sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya, tanah air kita ini mnenjadi tumpuan bagi mereka yang mahu menunaikan haji. Namun kebajikan mereka terabai pada tahun ini. Saya lihat mereka semua seperti daging hidup yang disalai di tengah bahang mentari, lihat sahaja penderitaan yang terpaksa mreka tanggung ketika berwukuf di Arafah. Dengan bahagian dada dan kepala yang tidak terlindung, mereka bertalbiah dan berdoa. Dari Arafah mereka singgah di Mina,di antara dua gunung itu juga mereka dicengkam bara sang suria yang tiada belas. Hal yang sama ditanggung oleh mereka yang bertawaf mengelilingi Kaabah dan berlarian di antara Safa dan Marwah dengan penuh semangat, menahan panahan suria yang semakin tajam daripada tahun-tahun sebelumnya,” terang Wuhaib.

Pada masa yang sama, Abdul Mutalib dilihat tidak memberikan perhatian kepada kata-kata Wuhaib. Dia seolah-olah tidak mempedulikan langsung perihal masalah yang diutarakan oleh Wuhaib itu.

Wuhaib perasan kelakuan Abdul Mutalib itu. Sesekali dia mencuri pandangan ke arah Abdul Mutalib, dan didapati pandangannya hanya tertumpu ke laman rumahnya. Abdul Mutalib seakanakan mencari dan menunggu sesuatu.

Kemudian Wuhaib cuba menarik perhatian Abdul Mutalib dengan berkata, “Aku tidak dapat membayangkan apakah nasib para jemaah haji sekiranya kamu sekiranya kamu tidak menemukan kita semua dengan telaga zam zam yang sudah sekian lama tertimbus. Sungguh kita berbahagia dengan air yang melimpah ruah itu.”

Abdul Mutalib terseksa seketika mendengar Wuhaib menyebut berkenanaan telaga zamzam. Dia seperti baru mendarat daripada menerawang ke angkasa raya. Dia lantas menyoroti wajah sahabatnya itu seraya berkata, “Tuhan tidak menganiaya hamba-hambaNya yang sentiasa mendambakanNya. Tuhan pasti memberikan belas dan rahmat kepada hamba-hamaNya yang menderita kerana beribadah kepadanya. Dialah yang mentakdirkanku bagi menemui telaga zamzam kembali. Itu adalah hadia untuk hamba-hambaNya yang bersuasah payah datang jauh semata-mata mahu bertalbiyah dan bertahmid kepada Tuhan mereka.”

Wuhaib mendengar dengan teliti setiap patah kata yang diucapkan oleh sahabatnya itu, Abdul Mutalib bukan sahaja seorang sahabat, bahkan juga seorang pemuka dan yang paling bermakna adalah Abdul Mutalib merupakan menantu kepadaWuhaib sendiri.

Wuhai lantas tersenyum mendengar kata-kata Abdul Mutalib, dia kagum dengan sifat rendah diri sahabatnya itu.

“Semoga Tuhan dengan rahmatNya redha kepada kita semua. Semoga Allah merahmati dirimu Abdul Mutalib, hamba diriNya sahaja yang tahu betapa susahnya dirimu saat membuat bekas-bekas simpanan air daripada kulit-kulit binatang untuk para jemaah haji. Sungguh besar jasamu kepada mereka semua. Bekas air itu mampu dibawa oleh mereka ke mana-mana sepanjang menunaikan haji.” Kata Wuhaib lagi.

Abdul Mutalib hanya menundukkan wajahnya ke tanah kerana tidak mampu menanggung kata-kata pujian daripada sahabatnya itu. Sekiranya dia tenggelam dalam pujian itu, bermakna dia sedang membinasakan dirinya. Namun dia sedar yang pujian daripada sahabatnya itu, ikhlas sebagai seorang kawan.

Wuhaib lantas melanjutka bicaranya kepada Abdul Mutalib, “Apakah kamu masih ingat saat para Arab Quraisy tidak bersetuju dan cuba menghalangmu daripada mencari dan menggali telaga zamzam supaya airnya boleh digunakan? Kemudian apabila sumber telaga zamzam kembali ditemui, mereka jugalah yang terhegeh-hegeh mahu berkongsi segala nikmatnya denganmu. Namun ternyata Tuhan hanya memilih kamu sebagai orang yang selayaknya bagi mengeluarkan air zamzam dari telagaya. Itu adalah kemuliaan daripada Tuhan.”

“Sudahlah, jangan diungkitkan perihal yang sudah berlalu. Semua itu terjadi hanya kerana adanya izin daripada Tuhan. Tambahan pula, bumi Mekah ini tanah haram, rumah Tuhan dan Dialah yang selayaknya menjaganya. Kita ini hanya sebagai pemegang amanah secara kebetulan.” Tingkah Abdul Mutalib.

Abdul Mutaib berusaha menyeka sebak dalam kata-katanya itu. Hampir saja dia mentiskan air mata, namun dia hanya mengharapkan redha Tuhan.

Saat Abdul Mutalib mengangkat wajahnya dan pandangannya dilemparkan buat sekian kalinya ke laman rumah Wuhaib, tiba-tiba mata tertumpu pada suatu susuk yang amat dia senangi. Seraya itu dia tersenyum, ada gambaran bahagia pada wajahnya.

Rupanya Aminah yang dia maksudkan. Memang menjadi kelaziman Aminah, sekiranya yang hadir menemui bapanya adalah Abdul Mutalib, dia yang diarahkan menghidang dan melayan makan dan minum tetamu pakciknya itu.

Aminah membawa kurma berserta air dingin sahaja. Selepas dihidangkan, Abdul Mutalib segera menghulurkan tangannya meraih sebiji buah kurma dan diselangi air dingin yang dibawakan oleh Aminah tadi. Saat itu Aminah sudah beredar.

Abdul Mutalib dilihat menikmati buah kurma dan air dingin itu seperti pertama kali dijumpai, seolah-olah dia bukan orang Arab Quraisy yang menetap di Mekah.

Seketika kemudian dia berkata, “maha Suci Tuhan, betapa lazatnya buah kurma ini dan betapa manisnya air dingin ini.”

Wuhaib yag asyik memerhati kelakuan Abdul Mutalib kemudian menjawab, “Saudaraj\ku, ini adalah buah kurma yang tumbuh di negeri kita ini, bentuk dan rasanya tidak pernah berubah. Kita juga yang membelinya daripada penjual di pasar Mekah. Air minumanmu pula hanya air zamzam yang disejukkan, tiada bezanya dengan air yang kamu minum di rumahmu termasuk seluruh penduduk Mekah dan para tetamu haji. Saya mahu bertanya, apakah maksud segala pujianmu itu?”

Tiba-tiba wajah Abdul Mutalib ceria, lantas dia memalingkan wajah kepada Wuhaib dan mata mereka bertentangan seketika.

Abdul Mutalib ketawa ringan. Seketika dia bersuara, masih tersisa mais senyumannya. “Benar katamu Wuhaib, ini hanya kurma kota kita, dan air ini pula adalah air zamzam yang mengalirndalam tubuh kita sejak lahir di dunia ini lagi. Namun yang membezakan adalah kerana penghidangnya adalah Aminah, aak abangmu, Wuhaib. Tangan Aminah yang membuatkan semua ini berbeza, mungkin sahaja racun mampu kerana sentuhannya.”

Wuhaib tidak tersinggung dengan penyataan Abdul Mutalib. Dia tahu Abdul Mutalib hanya memberikan gambaran awal tentang gadis yang bernama Aminah, mungkin sahaja untuk Abdullah, anak terunanya yang sempurna itu.

“Mungkin Halah sudah mengkhabarkan perihal Aminah kepada Abdul Mutalib,” getus Wuhaib dalam hati.

Wuhaib menarik nafas panjang-panjang..... dalam-dalam. Abdul Mutalib memerhatikan lantas kedua-duanya menyoroti laman yang terbentang sekeliling rumah Wuhaib.

Bebetapa ketika mereka terdiam...........

“Aminah sudah dewasa, wahai saudaraku Wuhaib.” Terang dan jelas butiran kata itu.

Kala itu juga terpapar ukiran girang pada wajah Wuhaib, tanpa dipaksa dan diminta dia melemparkan kata-kata gembira. “Aminah adalah puterimu Abdul Mutalib, dan kamu adalah penjaganya. Jadikanlah ia milik Bani Hasyim yang sah supaya lebih bertaut dan utuh kedua-dua bani ini. Biar semua orang tahu yang Bani Hasyim dan Bani Abdul Manaf adalah bersaudara, sedarah sedaging selama-lamanya.”

Abdul Mutalib sedikit terkejut keraa tidak menyangka Wuhaib berkata begitu. “Pasti Halah sudah memaklumkan rencanaku tentang ciri-ciri yag perlu ada pada bakal menantuku.”

Abdul Mutalib sedar apabila dia mengatakan yang bakal menantunya perlu memiliki sifat-sifat yang dinyatakannya itu dan ada seorang sahaja yang menepatinya. Abdul Mutalib juga sebenarnya memaksudkan gadis yang bernama Aminah......

Abdul Mutalib tenang kembali lalu berkata, “Wahai saudaraku Wuhaib, bersabarlah sejenak. Saya tahu perihal para pembesar dan pemuda Quraisy yang endatangimu siang dan malam melalui utusan mahupun mewakili diri sendiri dalam usaha mereka mendapatkan Aminah.”

Abdul Mutalib kembali menyambung, “Sebenrnya Aminah adalah gadis yang layak direbuti oleh sekalia orang Arab Mekah. Pada saat kita masih bernyawa dan bernafas ini, mustahil bagi menemukan gadis seperti Aminah di mana-mana. Bersabarlah, saya juga gundah seperti dirimu apabila memikirkan hal ini. Hanya saya minta supaya kita berdua boleh bersabar sedikit waktu sahaja lagi dengan izin Tuhan, semuanya terlerai dengan jelas.”

Wuhaib menyoroti wajah sahabatnya yang juga menantunya itu. Ada sinar pengharapan dan kepercayaan pada wajahnya. Dia tahu Abdul Mutalib pasti mengotakan janji-janjinya kerana bukan sehari dia mengenali Abdul Mutalib.

Abdul Mutalib kemudiannya menguntumkan bait-bait doa dalam hatinya tanpa henti. Penuh pengharapan dan kesungguhan, memohon ketabahan dan kekuatan bagi melunaskan janji dan nazar yang diiktikadkan bagi dilakukannya. Tidak cukup dengan itu, dia melafazkan doa-doa pula sambil tangannya didepa dan diangkatkan ke atas.

Wuhaib sebenarnya bersimpati kepada sahabatnya itu kerana dia sedar yang Abdul Mutalib sedang berperang hebat dengan dirinya sendiri. Ada nazar yang perlu dilunaskan oleh Abdul Mutalib iaitu nazar yang membabitkan nyawa. Nazar yang menunjukkan pengabdian dirinya kepada Tuhan yang dia tidak mendustakan nazarnya itu.

Wuhaib lantas bertanya, “Wahai Abdul Mutalib, apakah engkau masih memikirkan hal itu?”
“Benar Wuhaib, hal itu sentiasa saya fikirkan. Saya sudah bernazar dan semestinya perlu ditunaikan. Salah seorang puteraku perlu disembelih bagi dipersembahkan kepada Tuhan. Bukankah kamu juga tahu betapa gentingnya saat saya dikerumuni oleh orang Quraisy? Saat cngkul yang saya gunakan diangkat tinggi bagi mencari sumber air zamzam yang sudah tertimbus, kerana Tuhan sudah menisyaratkan melalui bisikan suara. Tatkala itu, mereka semua memusuhi saya, walhal tidak sekalipun saya berbuat onar dan jahat kepada mereka. Pada waktu itu, putera saya, al-Haris seorang sahaja yang berdiri utuh di belekang. Padahal pada waktu itu bersama dengan orang Quraisy ada anak muda mereka, namun saya dan al-Haris dibiarkan sahaja kerana mereka memusuhi dan menzalimi saya,” adu Abdul Mutalib.

Tanpa disangka ada lelehan air mata di pipi Abdul Mutalib, ada sebak yang menyelubungi, untuk beberapa ketika dia hanya membatukan diri. Hanya kedengaran naik turun nafas rentanya. Dia kelihatan gementar yang luar biasa, seperti anak kecil yang ditinggalkan ibu di tengah padang pasir.

Abdul Mutalib kemudian menyambung ceritanya kepada Wuhaib, “Ketika itu, yang saya perlukan adalah anak lelaki yang ramai kerana anak lelaki yang menjadi kebanggaan para kabilah Quraisy. Mereka bahkan berlumba-lumba, sombong dan angkuh dengan ramainya anak lelaki mereka.”

Suara esak Abdul Mutalib semakin reda, namun getaran amarah yang bercampur baur denga kesedihan masih wujud dan nampak jelas di wajahnya. Abdul Mutalib meneruskan bicara, “Lantas saya bernazar kepada Tuhan, andai saya dikurniakan sepuluh ana lelaki, salah seorang daripada mereka akan saya sembelih sebagai korban kepadaNya. Selepas sekian lama, Tuhan akhirya memakbulkan doa dan nazar saya. Apakah perlu saya buat-buat tidak endah pada nazar yang dahulu? Andai dihitungkan segala nikmat yang dikurniaka olehNya, nescaya menyembelih seorang anak sebagai korban nazar juga tidak setanding dengannya. Mungkin kalian boleh melupakan apa yang saya ungkapkan dahulu, namun tidak pada diri saya. Siang dan malam bahka setiap saat, lafaz nazar itu saya ingat, seiring dengan denyutan nadi ini. Air zamzam yang menjadi saksi, air zamzam juga adalah jiwa dan darah daging Abdul Mutalib, kalian mungkin terlupa, tetapi tidak diri ini.”

Kata-kata itu sangat tegas bunyinya. Berat bagi Wuhaib mengiaka, berat juga bagi menidakkan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Tambahan pula dia tahu Abdul Mutalib seorang yang mempercayai Tuhan dan sangat patuh kepadaNya.

“Namun sahabatku, bukankah membunuh manusia bagi menunjukkan ketaatan kepada Tuhan bukan sesuatu yang baik. Walaupun kita bangsa berperang, namun pantang bagi kita orang arab membunuh darah daging sendiri, walaupun untuk korban kepada Tuhan. Ini bukan cara kita sebagai orang Arab. Ini menimbulkan rasa tidak senang seluruh bangsa dan kbilah Arab di Mekah ini. Jangan-jangan nanti timbul pula fitnah yang dahsyat dengan menyandarkan kepadamu amalan itu. Saya khuatir kerana dirimu lebih dikenali sebagai serang yang amat disegani, yang menghilagkan dahaga dan derita penduduk Mekah ini zaman berzaman.” Tingkah Wuhaib pula.

Abdul Mutalib memandang wajah Wuhaib lalu muka sahabatnya ditatap penuh makna. Kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya, Wuhaib sudah menjangkakan tindakan itu. Dengan keadaan dirinya yang semakin tenang, Abdul Mutalib berkata kepada Wuhaib, “Ini adalah kehendak Tuhan, apakah ada siapa yang mampu menolaknya? Apatah lagi saya hanya bernama Abdul Mutalib.saya mahupun kamu dan sesiapa sahaja tidak mampu menghalang ataupun menangguhkan kehendak Tuhan ini.”

Tanpa disedari, sebenarnya Aminah berada berdekatan dengan kedua-dua orang tua itu. Dia mendengar setiap butiranpercakapan mereka berdua.

Dengan dada yang penuh sesak dan sebak, dia berkata dalam hatinya, “Apakah benar pakcik Abdul Mutalib mahu melaksanakan nazarnya? Menyembelih salah seorang puteranya? Mengapakah Halah tidak pernah mengkhabarkan hal ini kepadaku? Ataupun dia juga mengetahuinya sehingga hari ini?”

Dia bermonolog sendiria lagi, fikirannya menerawang entah ke mana. “Tidakkah boleh nazar itu ditebus dengan perkara lain? Mustahil Tuhan tersangat kejam mahu menerima seorang manusia yang dibunuh dan disembelih sebagai korban kepadaNya? Tujuan nazar itu sendiri bukankah salah satu cara bagi mendekatkan diri kepada Tuhan? Apakah keuntungan yang dinikmati oleh Tuhan daripada manusia yang dikorbankan?”

Aminah terus tenggelam dalam pemikirannya. Lebih tepat lagi hatinya yang mulus tidak dapat menerima pembunuhan seorang manusia hanya kerana mahu menunaikan nazar yang digambarkan sebagai salah satu cara mendekati Tuhan.

Lewat malam itu, masih ada manusia yang tidak mampu melelapkan mata kerana memikirkan masalah dirinya. Aminah seakan tidak keruan di perbaringan. Mindanya bekerja keras memikirkan penyelesaian bagi masalah nazar Abdul Mutalib, suami sepupunya, Halah.

“Sungguh kasihan siapa yag menjadi korban antara anak pakcik Abdul Mutalib. Apakah ini pengulangan perintah Tuhan kepada Ibrahim bagi menyembelih Ismail? Namun yang dikhuatirkan adalah, bagaimana pakcik memilih anak kandungnya sendiri sebagai korban.....siapakah dia sekiranya yang terpilih adalah........” Aminah tidak sanggup meneruskan khayalannya itu.

*nantikan smbungan yg seterusnya.. :)

Wednesday 8 February 2012

CALON SUAMI

*Sambungan daripada AMINAH CINTA PUTERI QURAISY*








“Adakah Aminah sudi menerima kamu?”
Kecantikan adalah suatu anugerah dan juga amanah daripada Tuhan. Aminah juga sedar hal itu. Walaupu ramai di kalangan aggota masyarakar Arab Quraisy pada masa itu mengamalkan cara hidup yang tidak beretika dan berakhlak, namun ada segelintir yang terkecuali.

Mereka masih berpegang pada nilai-nilai murni ajaran Hanif yang menjadi pegangan nenek moyang mereka. Agama yang berasal dari seorang nabi dan rasul, Ibrahim dan Ismail. Namun kebanyakan mereka menafikan semuanya dengan mensyirikkan Allah lalu menyembah berhala-berhala yang mereka cipta dan tukang sendiri.

Kecantikan Aminah tetap menjadi perhatian dan perbualan penduduk Makkah saban hari. Keperawanan dan kejelitaan gadis bani Abu Zuhrah itu menjadi mimpi dan igauan para pemuda Arab di Mekah ketika itu. Sesekali apabila mereka bertemu dan berborak, isu Aminah pasti menjadi topik utama.

Kata seorang pemuda dengan lagaknya di hadapan rakan-rakan yang hampir sebaya dengannya, “Sekiranya aku mahu beristeri, Aminah anak kepada Wahab daripada bani Zuhrah itulah yang paling layak denganku.”

“Benarkah begitu?” tingkah sahabatnya sengaja mahu memanaskan keadaan.

“Sudah pasti, kerana aku dan dia sangat cocok. Dia daripada keturunan yang mulia dan aku juga daripada keturunan yang mulia. Aku yakin dia pasti menjadi milikku suatu hari nanti.” Pemuda itu menjawab tegas.

Mereka yang lain tidak berani membantah pemuda itu walaupun turut menyimpan hasrat bagi meiliki Aminah, kerana pemuda itu dikira sebagai ketua mereka.

“ Adakah Aminah sudi menerima kamu?” soal rakan pemuda itu lagi.

“Itu semua boleh diatur. Aminah gadis yag baik, dia pasti mengikuti setiap arahan Pakciknya, Wuhaibbin Abdul Manaf. Saya perlu pergi berjumpa dengan Pakciknya. Itu sahaja<” jawab pemuda itu.

“Mahukah Wuhaib menerimamu?” Sahabatnya terus menyoal.

“Aku minta bantuan daripada ayah aku. Wuhaib pasti hormat dengan ayah aku lantas membenarkan kami berkahwin.” Pemuda itu menjawab dengan yakin.
Pemuda itu tersenyum puas mengingatka rencana dan khayalannya yag indah. Di mahu pastikan segala-galanya menjadi kenyataan.

Tiba-tiba lamunannya dicelah oleh salah seorang kawannya pula, “Jangan terlalu yakin sangat, nanti merana. Kita semua tahu yang sudah banyak lamaran hebat yang ditolak oleh Wuhaib dan Aminah.”

Kegirangan pemuda tadi hampir berkecai, kemarahan pula yang menjengah, “ Kamu semua belum kenal siapa aku. Aku pasti memiliki Aminah!”
Namun dia, para sahabat dan seluruh pemuda arab Quraisy tahu yang mereka pasti kecewa sekiranya menaruh harapan mahu memperisterikan Aminah binti Wahab.
.....................


“Kejelitaanmu bak bidadari dari kayangan,” ungkap seorang penyair tatkala terpandang wajah Aminah.

“Beruntung siapa yang memperisterikan Aminah, anak saudara Wuhaib. Bukan sahaja cantik dan sopan malah cerdas dan bijak orangnya,” ujar golongan ibu bapa pula. Mereka memasang harapan supaya anak lelaki mereka mampu memancing perhatian anak gadis itu.

“Bayangkan anak yang bakal lahir daripada rahimnya. Sekiranya anak itu lelaki, pasti sempurna seperti malaikat. Sekiranya anak itu perempuan, pasti sempurna seperti bidadari syurga.” Begitulah kata-kata pujian yang terhamburdaripada masyarakat Arab yang tinggin nilai kesusasteraannya.

Menjadi tradisi mereka menjadikan keindahan alam, kecantikan dan ketampanan sebagai tema syair mereka. Bukan itu sahaja, malah syair digunakan bagi membodek dan mengeji pembesar-pembesar mahupun individu yang mereka tidak sukai. Menjadi penyair merupakan kerja yang mulia pada waktu itu. Mereka beraksi setiap hari di pasar Mekah.

Sungguh Allah menjadikan mausia itu berpasangan, sebelum kejadian Adam dan Hawa lagi. Allah dengan segala kekuasanNya mencipta makhluk-makhluk yang berpasangan. Itulah antara penyebab nabi adam memohon pasangan untuk dirinya juga. Maka diciptakan Hawa sebagai pasangan yang bahagia di syurga daripada rusuk kirinya sendiri.

Sehinggalah........... datang Iblis yang dilaknat Allah.........

...................

Di Mekah yang gersang, sedang tumbuh sekuntum bunga yang sangat cantik dan indah. Ramai yang cuba menyuntingnya, namun semuanya hampa. Maha Adil Allah, Tuhan sekalian alam, tidak jauh dari si bunga yang sedang indah menguntum itu, tumbuh juga susuk seorang jejaka Arab yang sempurna.

Dirinya tidak terlepas menjadi bualan para perawan. Mereka bahkan sentiasa berharap bertembung, berjumpa bahkan hidup bersama dengannya sebagai suami isteri. Sesetengahnya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Alangkah bahagia sekiranya dia sanggup mengambil aku sebagai suri hidup.” Angan seorang gadis yang kejelitaannya terserlah. Namun, dia hanya mampu berangan-angan.

“Akanku jadikan dirinya lelaki yang paling bahagia sekiranya dia sanggup memperisterikan aku.” Ungkapan janji manis yang jarang dilafazkan oleh para gadis Arab Quraisy.

“Sekiranya wanita Arab boleh memilih suaminya sendiri, saya tanpa ragu memilih dia menjadi suamiku” getus gadis yang lain pula.

“Segalanya menjadi sempurna sekiranya dia menjadi suami kepada perempuan Arab,” tingkah sang perawan yang lain pula.

Begitulah seterusnya, susuk itu terus menjadi bayangan harapan para gadis Arab Quraisy. Beliau adalah Abdullah bin Abdul Mutalib, sebaik-baik pemuda Arab Quraisy.
Di rumah halah, dia sedang berkira-kira sesuatu. Nampak jelas pada wajahnya, ada kerunsingan yang berlegar.

Juwairiah yang prihatin menegur, “Apakah mengganggu fikiran puan, sekarang? Dari tadi saya perhatikanpuan gundah gulana sahaja.”

Halah terus bermenung. Pandangannya dilemparkan nun jauh ketengah ombak putih padang pasir. Kadangkala pula dia tancapkan pandangan di dada langit yag membiru luas. Walaupun kadangkala ada awan-awan putih berarak memintas pandangannya, Halah tidak perasan mahupun mempedulikannya. Fikirannya menerawang. Hanya ada satu dalam fikirannya.

“Aminah.”

“Aminah..... megapa dengan dia?” tanya juwairiahnya.

“Aminah adalah saudara yang amat saya cintai, bahkan saya mencintainya melebihi diri saya sendiri. Dia sudahpun menjadi perawan dan saya sudah bersuami. Dia juga akan bersuami, namun saya amat khuatir sekiranya suami dia tidak secocok dengan peri laku dan akhlaknya itu.” Halah meluahkan rasa gusarnya itu.

“Bukankah ramai yang mahu memperisterikan? Saya tidak nampak mengapakah pua perlu risau fasal jodoh Aminah.” Juwairiyah memujuk kerana tidak mengerti apa yang berlegar dalam kepala puannya itu.

“Itu yang menjadi kerisauan saya. Dalam ramai-ramai yang mahu menjadi suaminya, yang manakah paling tepat dipilih sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya. Saya mempunyai rancagan, namun sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan.” Halah berkata dengan perlahan.

“Maksud puan?”

“Abdullah, anak kepada suami saya.” Jawab Halah.
Juwairiah separuh menjerit, “Ya! Tiada yang paling sesuai dipadankan intan permata selain denga manikam.”

Halah kembali mengeluh. Ada lagi hal yang bersarang dalam benaknya. Alang-alang Juwairiah sudah bertanya, dia luahkan sahaja.

“Masalahnya, suami saya belum maklumakan hajat saya ini. Saya tidak tahu apa pendapatnya pada cadangan ini. Saya tidak risau fasal Abdullah. Sekiranya Abdul Mutalib setuju, Abdullah juga pasti setuju.”

“Sudahkah puan usulkan kepada tuan?” tanya Juwairiah itu kembali.

“Belum, saya masih belum punya kesempatan. Sejak kebelakangan ini, dia sibuk, kelihatan letih dan terteka apabila pulang ke rumah. Saya tahu itu bukan waktu yang sesuai bagi saya membincangka hal-hal yang berat ini. Saya perlu menunggu sehingga suami saya benar-benar tenang dan bersedia. Kemudian baru saya maklumka rancangan ini,” jawab Halah.

Hari yang dinantikan Halah tiba jua akhirnya. Hari ini dia melihat suaminya, Abdul Mutalib senang hati. Dia segera memainkan peranannya. Selepas dilayan suaminya dengan hidangan makanan dan minuman yang lazat-lazat, lantas dia dengan lemah lembut memulakan perbincangan.

“Wahai suamiku, sesungguhnya saya berasa sangat bertuah dan beruntung sekali dapat bersuamikan kamu,” ucap Halah denga nada yang ceria.
Abdul Mutalib tersenyum bangga dipuji isterinya yang masih muda itu.

“Tidak pernah kurang harta kekayaan, pakaian dan makanan selama ini. Namun kekayaan, pangkat dan nama tidak semestinya menjamin kebahagiaan.” sambung Halah.
Abdul Mutalib sedikit terkejut. “Maksud kamu?”

“Lihatlah pada kaum kita sekarang, para para pemuda dan pemuda Arab Quraisy semuanya terlibat dengan keseronoka duniawi. Nilai-nilai mulia nenek moyang kita, Ismail dan Ibrahim sudah terhakis daripada diri mereka.” Terang Halah.

Abdul Mutalib diam membisu seribu bahasa, dia tahu kata-kata isterinya itu penuh kebenaran. Namun dia juga sudah tidak punya jalan bagi merubah perangai kaumnya itu. Dia hanya mampu mengawal mereka daripada terus berbalah, bertelagah, bahkan mungkin berbunuhan sesama sendiri. Yang lain-lain adalah di luar bidang pengaruhnya.

“Bicarakan adinda, apa sebenarnya yang terbuku di sanubarimu?” soal Abdul Mutalib.
Dengan cermat Halah menyusun kata-kata, melantunkan bicara. “Anakmu Abdullah, saya kira sudah mampu menanggung beban sebagai ketua keluarga.”

“Maksudmu?” Abdul Mutalib buat-buat tidak faham, walhal pada masa yang sama, dia juga sudah mengagak apakah maksud isterinya itu.

“Begini, bukankah kamu juga tahu yang saya juga dahulu ada sepupu yang muda beberapa tahun daripada saya. Dia sudah menjadi perawan yang cantik rupa dan budu bahasanya. Sesuai sekiranya pasangan itu disatukan atas ikatan perkahwinan,” jelas Halah.
Tiba-tiba, Abdul Mutalib ketawa. Dia kelihatan gembira sekali.

“Isteriku, ketahuilah olehmu yang sememangnya Aminah pasti dinikahkan dengan puteraku Abdullah. Tanpa disangka kamu juga bersetuju. Legalah hatiku. Selama ini saya berat hati memikirkan cara mahu memaklumkan perancanganku itu.” Balas Abdul Mutalib pula.

Halah tidak tertahan mahu meluahkan kegirangannya. “Benarkah bicara kanda? Apakah benar ini adalah takdir kedua-dua mempelai putera dan puteri Arab Quraisy itu?”

“Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kita kela,” kata Abdul Mutalib sambil tersenyum apabila melihat isterinya gembira.

Halah yang masih berbunga hatinya pergi ke rumah ayahnya apabila petang menjelang. Hal ini perlu disampaikan segera kepada ayahnya, Wuhaib bin Abdul Manaf. Pada petang itu, mereka berbicara empat mata.

Wuhaib hairan apabila anaknya itu pulag tergesa-gesa, malah mengajaknya berbual di tempat yang tidak didengari orang.

“Apakah kamu mempunyai masalah sehingga begini sulit mahu berbicara?” soal tanya Wuhaib yang hairan dengan sikap anaknya itu.

Halah cuba menenangkan diri. “Ini adalah hal yang besar dan ia tentang Aminah.”
“aminah? Mengapa dengannya?” tanya Wuhaib yag semakin hairan.

“Apakah ayah sudah menerima lamaran mana-mana pemuda yang mahukan Aminah sebagai isteri mereka?”

Wuhaib sudah separuh jelas mengenai maksud kedantangan Halah. “Belum lagi. Mengapa? Kamu sudah ada calon yang sesuai?”

“inilah yang saya mahu bincang dengan ayah.” Jawab Halah.
Wuhaib memasang telinganya.

“Menantu ayah, suami saya mempunyai seorang anak yang bernama Abdullah.”
Wuhaib memotong, “Ya, ayah tahu dan kenal pemuda itu.”

“Dia adalah calon paling layak untuk Aminah.”

“Atas dasar apa yang kamu berkata begitu?”

“Tidak ada pemuda lain yang mampu menandingi Abdullah. Seorang pemuda yang segak perkasa, baik tutur katanya, mulia pekertinya, paling cerdas dan terhindar daripada segala jenis maksiat yang sedang galak dilakukan oleh pemuda-pemuda kaum Quraisy sendiri.”
“Benar kata-katamu itu.”

“Sinar di matanya memancarkan suluhan cahaya sama dengan Aminah. Sekiranya dipertemukan kedua-dua cahaya ini, alangkah indahnya dunia ini, alangkah bertuahnya tanah Arab ini dan alangkah beruntungnya Mekah.”

Wuhaib terdiam seketika dan dalam dia berfikir, sekiranya dipendekkan rancangan dan cadangan daripada Halah, adalah lebih baik. Siapa tidak kenal Abdullah, begitu juga siapa yang tidak mengenali Aminah.

“Namun, adakah suamimu bersetuju bagi bermenantukan Aminah? Apakah benar Aminah yang dikehendaki sebagai menantu keluarganya?” Soal Wuhaib.

Mata Halah bersinar dan mulutnya terus petah menyusun kata memberitahu ayahnya.

“Saya pernah berbincang dengannya tentang hal ini. Saya ajukan kepadanya beberapa persoalan tetang mereka berdua. Mula-mula saya mengetahui yang suami saya mahu mengahwinkan puteranya, maka saya berikan beberapa nama calon di kalangan perawan-perawan Quraisy daripada bani hasyim dan Bani Abu Zuhrah. Ternyata dia menolak. “ jawab Halah.
Wuhaib tekun mendengar.

Abdul Mutalaib memaklumkan yang dia tidak mahu menjodohkan gadis-gadis itu dengan puteranya, Abdullah. Ini kerana dia mahukan bakal menantunya seorang gadis yang cantik, cerdas, suci, dan pintar. Dia juga mahukan menantunya yag boleh memikul bebanan hidup bersama puteranya itu. Susah dan senang mesti bersama suaminya, boleh menjaga amanah suaminya saat tiada di rumah dan membahagiakan apabila pulang ke rumah. Bakal isteri Abdullah juga mesti menjadi pendorong ke arah keagungannya. Kedua-dua mereka juga mesti membina istana bahagia yang tenang dan nyaman yang menjadi tempat kedua-duanya beristirehat, senandung puis dan syair indah. Dia juga mahukan bakal menantu daripada kalangan bani Abdul Manaf, keturunan terhormat daripada kaum Quraisy. Daripada rusuk-rusuk mulia itulah, bakal lahirnya keturunan yang mulia. Bukankah pengaruh antara keturunan kedua-duanya adalah penentu anak-anak pada masa hadapan,” terang Halah dengan panjang lebar.

Halah menamatkan bicaranya yang panjang lebar itu. Ayahnya Wuhaib makin dicengkam galau, antara gembira ataupun tidak.

“Sehinggalah saya usulkan nama Aminah dan beliau terus sahaja bersetuju.”

“Benarkah begitu?”
Halah mengangguk-ngangguk sambil memandang ayahnya yang masih kurang percaya. Maklumlah, Abdullah sudah menjad buah mulut dan rebutan para perawan Mekah. Daripada segi logiknya, Abdullah dan Aminah sangat sepadan. Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.
Wuhaib bermenung seketika. Dia msih berkira-kira.

“Benar anakku, selain Aminah, siapa lagi yang mempunyai ciri-ciri yang disebut oleh suamimu itu.” Wuhaib akhirnya membenarkan kata-kata anaknya itu.

“Ya, tiada seorang pon daripada keseluruhan perawan Arab yang persis Aminah. Itulah kenyataannya, apa pendapat ayah?”

“Sekiranya benar, mengapa pula sehingga sekarang Abdul Mutalib belum datang untuk menyampaikan hasrat mahu menyunting Aminah buat anaknya Abdullah. Dia pun tahu sekiranya dirinya yang berbicara kepadaku, Aminah pasti menjadi milik bani Hasyim dengan serta merta. Namun saban hari pula, ayah melihat Abdul Mutalib asyik termenung, seakan mempunyai masalah yang besar terbeban di bahunya. Dia seolah-olah sedang berwaspada kepada bencana yang bakal menjelang. Kami yang berada di sekelilingnya pon tidak dihiraukan. Hampir saja kami menganggap beliau hanya pentingkan dirinya sendiri.” Jelas Wuhaib.

Halah faham maksud ayahnya kerana suaminya juga berkelakuan demikia apabila berada di rumah. Padahal semua orang kenal dan tahu yang Abdul Mutalib mulia dan baik budi pekertinya. Beliau juga ketua kaum yang berani dan dermawan, seorang yang sangat mempercayai takdir dan kuasa Tuha serta berkeyakinan jitu yang segala ketentuan adalah hak milik Tuhan semata-mata.
Halah kemudian tersenyum kepada ayahnya lalu berkata, “Memang begitulah keadaan menantu ayah itu sejak kebelakangan ini. Saya juga kurang pasti apakah musbah yang menimpanya. Beliau bukan penghutang yang dalam buruan para pemiutang. Beliau juga bukan seorang miskin yang asyik mengeluh pada kemiskinan dan kesusahannya. Kekayaan juga baginya hanyalah pinjaman daripada Tuhan semata-mata. Keturunannya sudah ramai dan mereka semua membesar dengan keadaan yang mencukupi. Walau apapun masalah suamiku itu, saya yakin dia menemui jalan kelura dengan segera. Kemudian dia segera datang menemui ayah bagi menyataka hasrat meminang Aminah untuk anaknya, Abdullah.”

“Bila Halah? Apakah Abdul Mutalib tidak tahu yang ayah sudah letih berhadapan dengan para pemuka dan putera-putera arab lain bagi menolak permintaan pujukan dan lamaran mereka? Siang dan malam tiada henti, mereka datang dengan desakan, sama ada berseorangan mahupun rombongan, kadang-kadang mereka menggunakan kerabat kita sendiri. Kadang-kadang pula mereka meminta kerabat mereka dan pemimpin kaum yang berpengaruh. Tidakkah Abdul Mutalib bimbang ayah menyerahkan Aminah kepada salah seorang daripada mereka?”

Pantas Halah mencelah dan menjawab persoalan ayahnya itu, “Sesungguhnya Abdul Mutalib amat memahami dirimu. Kamu juga tidak asing padanya tambahan pula sekarang dia adalah menantu dan sahabatmu. Dia yakin yang kamu memahami dirinya justeru dia pasti yang kamu tidak menerima lamaran daripada pemuda Quraisy yang buruk akhlaknya. Selain itu, bukankah perhatian dan kemesraan Abdul Mutalib kepada Aminah sejak kecil lagi. Bukankah Abdul Mutalib juga pernah menghadiahkan Aminah sebuah hadiah yag indah daripada Yaman iaitu sehelai baju sutera asli yang penuh perhiasannya. Sedangkan baju sutera sebegitu hanya dipakai oleh mempelai perempuan ketika berkahwin. Bukankah itu tanda yang Aminah adalah calon menantunya untuk Abdullah.”

Halah menyambung, “Cuma Abdul Mutalib sedang mencari waktu yang sesuai dan tepat bagi membicarakan hal ini secara rasmi. Dia masih kusut dengan masalah yang saya sendiri tidak diberitahu puncanya. Namun hal serta masalah itu pasti berlalu. Aminah juga masih muda walaupun susuknya menampakkan kematangan. Saya pasti yang Abdullah juga berkenan dengan Aminah. Cuma dia perlu menunggu restu daripada ayahnya sahaja.”

Mendengar jawapan yang panjang lebar itu, membuatkan Wuhaib terpegun seketika.
Dia kemudian bersuara perlahan, “Jadi, menurutmu adalah wajar ayah tolak sahaj semua pinangan yang menjengah saban hari?”

“Itulah sebaiknya. Hakikatnya Abdul Mutalib sememangnya mahuka Aminah sebagai menantunya dan isteri kepada aaknya yang tercinta, Abdullah. Abdul Mutalib tidak mudah berubah fikirannya. Saya pula dengar sendiri bicaranya berkenaan hal ini. Aminah sudah menjadi milik Abdullah. Apabila kekalutan Abdul Mutalib usai, doakan sahaja mereka berdua berjaya disatukan atas nama Tuhan,” jelas Halah.

Wuhaib diam termangu. Berat mindanya memikirkan soal ini kerana dia adalah kata pemutus dalam hal ini. Dia adalah bapa saudara Aminah, adik-beradik kepada Wahab bin Abdul Manafyang membela Aminah sejak dia masih kecil sehngga tumbuh mekar sebagai perawan arab yang anggun.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, Halah keluar meninggalkan ayahnya seorang diri di dalam biliknya. Membiarkan ayahnya melayan galau hati sendirian.

Halah keluar ke laman dan mendapatkan Aminah. Dia beazam tidak sekali-kali membocorkan rahsia perbincangannya dengan Wuhaib.

Mereka berdua mula menceritakan hal-hal semasa, rumah tangga dan hal-hal kehidupa mereka. Mengiringi Halah adalah para abdi suaminya.

Apabila malam hampir larut, Halah tahu dia perlu pulang. Suaminya pasti runsing sekiranya dia terlewat pulang.

“Baiklah Aminah, saya terpaksa berundur dulu,” kata Halah.

Aminah tersenyum pahit kerana dia tidak mahu melepaskan halah pulang. Dia teringat zaman mereka kecil-kecil dahulu yang sentiasa bersama dalam segenap hal, bahkan bilik dan pakaian mereka juga dikongsi bersama.

Namun kini keadaan sudah berubah. Halah adalah isteri orang, dia perlu taat dan setia kepada suaminya. Begitu juga Aminah selepas dirinya berkahwin kelak.

“Baiklah, Halah. Saya pasti merinduimu,” kata Aminah sedikit sebak.

“Esok kamu mesti datang ke rumah saya. Saya sudah meminta izin daripada ayah dan suami. Mereka tidak menghalang kita bertemu,” tingkah Halah sambil bangun dan tersenyum kepada Aminah.

Sambil mengatur langkah Halah memberikan amanat terakhirnya kepada Aminah, “jangan lupa malam esok, datang ke rumah saya dan jangan lambat!”

Kedua-duanya tersenyum bahagia kerana rasa rindu masing-masing sudah terubat. Mereka tidak sabar menanti hari bertukar kerana mahu bertemu kembali.


*sambungannya akan menyusul selepas ini*

Tuesday 17 January 2012

AMINAH CINTA PUTERI QURAISY



“Patutlah anak saudaranya juga sangat manis dan jelita. Memang kebanyakan anak Bani Zuhrah sempurna rupa parasnya.”

       Dalam cuaca yang panas membahang, kelihatan sayup-sayup gerombolan para musafir sedang berpanas di tengah padang pasir. Mereka mungkin para pedagang ataupun para tetamu yang mahu menunaikan haji. Nun jauh di sana, hanya fatamorgana yang menjadi hiasan mata. Namun mereka tahu, itu hanya tipu daya lautan lahar berpasir itu. Mereka sudah biasa kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai bangsa yang menghuni padang pasir, yang hidup dan mati juga kerananya.

      Namun ada keajaiban Tuhan di tengah padang pasir tanah arab itu. Di tengah-tengah kepanasan, hidup bangsa Arab yang berdagang dan mengembala binatang sebagai sumber hidup mereka. Selain dikenali kerana kerap berperang, mereka juga terkenal dengan ketinggian dan kehebatan syair-syair yang memuji dan mencerca. Kecemerlangan kesusasteraan adalah antara sebab mereka dikenali di pete dunia.
    
      Merka digelar jahiliah bukan kerana tidak bertamadun, namun kerana tidak bertuhankan  Tuhan Yang Esa. Mereka menjadikan batu berhala yang berjumlah 365 buah itu sebagai pengantara Tuahan Yang esa. Mereka mensyirikkan Tuhan datuk dan nenek moyang mereka sendiri iaitu Tuhan yang disembah Ibrahim dan Ismail.
    
Mereka adalah bangsa Arab Quraisy, mempunyai kabilah dan bani. Mereka juga mendiami wilayah barakah yang dinamakan Mekah. Merekalah tuan keoada padang pasir itu.


.................


Di kota itu.....

   “Mari kita main bersamanya,” kata seorang kanak-kanak kepada kawan-kawannya apabila melihat budak perempuan itu.

    Salah seorang daripada mereka berasa ragu, “Mahukah dia bermain bersama kita?”
     “Mengapa tidak?” tingkah yang seorang lagi.

     “Bukankah dia daripada kalangan kabilah bangsawan. Ayah, pakcik serta datuknya adalah pembuka Kota Mekah ini.” Seorang lagi bersuara.
    

     Mereka mahu sangat bermain dengan budak perempuan yang sungguh comel itu. Budak perempuan itu juga kelihatan sopan dan baik. Mereka terpesona dengan ketulusannya. Namun timbul kerisauan kerana status keturunan dan darjat mereka yang tidak setaraf.

     “Tidak ada gunanya kita berbalah di sini. Mari kita ke sana dan bertanyakan kepadanya sama ada kita boleh bermain dengan dia ataupun tidak.” Yang paling tua antara mereka memberikan cadangan.

     Hampir serentak mereka menjawab, “Baiklah!”

  Tidak ada aktivii khusus untuk kanak-kanak di Mekah itu. Mereka hanya berkeliaran di sekitar kota sambil bermain-main sementara ibu bapa mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing. Orang arab ketika itu amat mementingkan perdagangan. Ramai antara mereka yang berdagang sehingga ke luar Tanah Arab. Antaranya ke Syam, YamaN, Parsi, Rom dan sebagainya.

     Mereka semaikin meghampiri budak perempuan itu, salah seorang daripada mereka lantas bertanya, “ Bolehkah kami bermain dengan kamu dan sudikah kamu bermain bersama kami?”

     Budak perempuan yang comel itu terkejut dengan kehadiran budak-budak yang kelihatan hampir sebaya dengannya lantas dia berfikir sejenak. Dia mengamati satu persatu budak-budak dalam kumpulan itu.

     Suasana menjadi sunyi seketika.

   “Apa salahnya......,?” jawab budak perempuan itu. Budak perempuan itu adalah Aminah.

    Mendengar jawapan itu, mereka bersorak riang. Aminah berasa pelik. Mengapa mereka begitu teruja dapat bermain dengannya. Bukan kali itu sahaja, sudah banyak kali Aminah melalui situasi yang sama seperti itu.

   Selepas puas melompat, menari dan berlari, mereka semua keletihan. Tiba-tiba salah seorang bersuara, “Aminah, khabarnya kamu ini pandai bersyair. Benarkah begitu?”

   Aminah tersipu malu, pipinya memerah. Dia mengangguk perlahan.
    “Sekiranya begitu, sudikah kamu membacanya kepada kami?” tanyanya lagi.
      Aminag menggeleng-gelengkan kepala smabil tersenyum simpul.

    “Tolonglah, kami merayu kepada kamu.” Mereka mengucapkan serentak.

   Akhirnya Aminah beralah, lantas maju ke hadapan dan berdiri sedikit tinggi di atas bongkah batu lalu mendeklamasikan beberapa buah syair. Dendangan bait syair iru semuanya berkenaan kebanggaan penduduk kota Mekah, pujian, kemenangan serta kebesaran kabilah Arab Quraisy.
   
         Senja hampir lewat pagi, malam sudah menampakkan dirinya. Namun anak-anak itu tetap sahaja mahu bersama Aminah, bermain dan terus bermain. Aminah pula sentiasa bersedia melayan sahabat-sahabatnya itu.
       “Anak-anak, balik! Hari sudah malam, esok kamu sambung main lagi.” Tiba-tiba seorangt ibu datang kepada kumpulan kanak-kanak itu bagi menjemput anaknya pulang.

      Anaknya kelihatan berat mahu berpisah dengan Aminah. Namun, kerana terpaksa, dia pulang jua ke rumahnya. Begitu juga dengan anak-anak yang lain. Mereka seakan-akaan tidak mahu pulang sekiranya tidak dijemput oleh ibu ataupun ayah masing-masing.

       “Kami pulang dahulu, esok kami ke sini lagi.” Anak-anak itu berpisah dengan Aminah selepas melafazkan kata-kata itu. Mereka seakan-akan melafazkan janji taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Aminah.

    Keesokannya, sejurus sahaja matahari terbit, kanak-kanak itu sudahpun bersiap-siap dan menuju ke rumah Aminah.

     “Wahai Aminah, marilah kamu bersama kami. Ayuh kita keluar bermain bersama-sama,” jerit salah seorang daripada mereka dari luar rumah Aminah.
   Aminah yang sudah bersiap-siap pun keluar. Sebelum itu dia meminta kebenaran daripada penjaganya terlebih dahulu.

    Sebenarnya, tidak ada apa-apa perlu dirisaukan kerana Mekah bukan kawasan yang luas. Hampir semua penduduknya mengenali antara satu sama lain. Tambahan pula Aminah dan kanak-kanak itu pula adalah daripada kabilah Kaum Quraisy. Kaum yang terbesar dan paling berpengaruh di Mekah ketika itu.

   “Apa rancanagan kita hari ini?” tanya Aminah kepada kawan-kawannya.

“Kita pergi ke Kaabah dan duduk berhampiran telaga zamzam sambil melihat orang ramai yang berpusu-pusu berebutkan airnya.” Salah seorang antara mereka memberikan cadangan.

     “Ada pula dcadangan daripada yang lain. “Apa kata kita berjalan-jalan daj=hulu mengelilingi kota Mekah, kemudian apabila sudah letih dan dahaga, kita ke kaabah pula.”

    Masing-masing terdiam seketika.

    “Sekiranya begitu, mari kita bergerak sekarang.” Aminah berkata dengan riang.
      Mereka pun memulakan aktiviti pada hari itu. Mula-mula mereka naik dan turun setiap bukit dan tanah di lembah Barkah itu. Apabila berasa letih dan dahaga, mereka menuju ke Kaabah lalu terus pergi ke prigi zamzam bagi membasahkan tekak. Mereka kemudian duduk berehat di tepian air zamzam sambil memerhati gelagat manusia yang datang.

    Aminah dan kanak-kanak yang lain memerhatikan sahaja tingkah laku manusia di hadapan mereka. Dia kemudian berkata, “Lihat, oleh kerana lelaki itu kuat dan besar, dia yang dapat ambil air zamzam dahulu. Padahal orang tua yang lemah di belakangnya itu yag sampai dahulu.”

       Salah seorang daripada mereka berbalas, “Benar Aminah, ini tidak adil. Namun apa yang mampu kita buat. Kita ini kanak-kanak, kita akan dimarahi oleh mereka sekiranya kita memandai-mandai.”

   Aminah mengetap bibir. Rasa sebak dan kasihan kepada orang tua itu menebal. Dia tahu sekiranya dia cuba membantu, dirinya pasti  dimarahi. Itulah sikap dan sifat orang arab Quraisy pada waktu itu.

      “Nanti apabila kita sudah dewasa, kita perlu menolong dan membela mereka yang lemah. Mereka juga manusia seperti kita. Telaga zamzam bukan milik orang Quraisy sahaja, ia milik Tuhan, untuk semua manusia.” Sahabat-sahabat Aminah terpegun dengan kenyataan Aminah. Mereka tidak sangka yang anak gadis manis itu semakin menonjol sifat prihatinnya.

       Para kabilah yang singgah ke Mekah, sama ada bagi berdagang mahupun datang tawaf di Kaabah, apabila berjumpa ataupun terserempak dengan Aminah pasti kagum dengannya.

    “Sungguh manis anak itu, anak siapakah itu?” tanya isteri seorang ketua kabilah dari Yaman sambil matanya melirik ke arah Aminah yag sedang leka bermain.
    Orang Quraisy dengan bangganya menceritakan perihal Aminah dan susur galurnya. “namanya Aminah. Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, dan kini dirinya yatim piatu. Aminah dibela oleh bapa saudaranya yang bernama Wuhaib bin Abdul manaf bin Abu Zuhrah.”

      “Bukankah beliau salah seorang pembesar Mekah?” Soal isteri ketua kabilah itu pula.

       “Benar, puan.” Quraisy itu membalas dengan yakin.

        Ketua kabilah pula bersuara, ”Saya kenal rapat dengan Wuhaib. Dia seorang yang bijaksana dan dihormati. Ketokohannya sangat terserlah. Beliau merupakan orang tengah yang diyakini ketokohannya..”

       “Patutlah anak saudaranya juga sangat manis dan jelita. Memang kebanyakan anak bani Zuhrah sempurna rupa parasnya,” sambung isteri ketua kabilah yaman itu.

      Ketua kabilah Yaman itu berkata lagi kepada lelaki Quraisy tadi, sambil matanya memandang sekeliling Kaabah. “Apa yang saya tahu sekiranya penempatan sesebuah kabilah berhampiran dengan Kaabah, maka tinggilah kedudukan dan pengaruh mereka kerana mereka juga kabilah bani yang mulia.”

    “Benar, tuan.” Orang Quraisy itu mengesahkannya.

    “Bolehkah kamu menceritakan kepada saya perihal ini?” Ketua kabilah itu bertanya lagi.

      Dengan senang hati orang Quraisy itu menceritakan berkenaaan sosial hierarki sosial Arab Quraisy di Mekah. Baginya, itu adalah kebanggan dan penghormatan apabila bangsa lain mahu mengetahui perihal mereka. Tambahan pula, memuliakan tetamu sememangnya amalan dan adat orang Arab Quraisy.

    “Tuan, sudah turun temurun tempat ini disusun. Susunan penempatan masyarakat Mekah dibahagikan mengikut kedudukan, darjat kebesaran serta kepimpinan kabilah masing-masing. Mereka paling dekat dengan Kaabah adalah yang paling mulia kedudukannya. Ia berperingkat sehingga ke pinggir Mekah yang didiami oleh hamba sahaya, orang-orag asing, mereka yang terbuang serta mereka yag miskin.”

        Ketua kabilah Yaman, isterinya dan beberapa orang kanan kabilah mengangguk-ngangguk faham. Mereka terus memberi tumpuan kepada pemuda Quraisy itu yang terus berkata, “Sekiranya kamu semua perasan penempatn bani Hasyim dan bani Zuhrah amat dekat dengan Kaabah. Ini jelas menunjukkan yang kabilah merek adalah antara pemuka dan pembesar yang paling berkuasa dan berpengaruh di Mekah ini.”

     “Ya, benar sekali. Tengok sahaja rumah-rumah mereka itu, selain hampir dengan Kaabah, rumah mereka juga besar dan mewah. Ia sangat berbeza dengan kawasan di luar sana.” Kata isteri ketua kabilah Yaman itu.

     Tiba-tiba salah seorang daripada pembantu ketua kabilah Yaman itu bertanya, “Mengapa ada dua kabilah besar yang duduk berhampirandengan Kaabah? Apakah mereka tidak berbalah sedangkan sepatutnya haya satu kaum yang berkuasa di sini?”

        “Itulah keistimewaan kedua-dua kabilah besar ini. Mereka berjiran malah berkerabat antara satu sama lain dan semangat perkauman mereka kuat. Selain itu, mereka saling membela antara satu sama lain.” Jawab orang Quraisy itu.

-Sambungan cerita ini akan muncul tidak lama lagi,,,tunggu ye!-

Wednesday 11 January 2012

AL-QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... sahabat2 sekalian,  Minggu lepas ana ada baca sebuah buku...menarik buku tu.. tajuknya, ‘I LUV ALQURAN AND YOU?’....ha! macam tu lah tajuknya..Hari ni saya akan berkongsikan serba sedikit tentang apa yang ana dah baca...

AL QURAN



“ cintailah al-Quran agar hidupmu tenang”

Do you really love Alquran? Pertanyaan sederhana yang perlukan jawapan yang luar biasa. Apakah selama ini kita mencintai Al-Quran? Sejauh mana cinta kita terhadap al-Quran?

    “Oh, saya sangat mencintai al-Quran. Saya ada banyak al-Quran di rumah saya.” Mungkin itu yang akan kita katakan. Kita punya banyak al-Quran di rumah kita, tetapi kita jarang menyentuhnya. Kita tidak membacanya, tidak kita menelaahnya. Ada al-Quran yang hanya kita sentuh saat kita hendak mendoakan orang telah pergi. Ada yang baca al-Quran masa nak kahwin ja. Ada pulak yang baca masa dia nak angkat sumpah ja.

    Itulah kenyataannya. Itulah hakitnya. Cinta kita kepada al-Quran belum sempurna. Cinta kita kepada al-Quran hanyalah sebatas kata-kata sahaja. Belum ada realisasinya. Bahkan mungkin di sebatas di bibir sahaja. Hanya terluah melalui kata-kata pengakuan tetapi belum terbukti dengan kesungguhan dan istiqamah kita dalam meneladaninya. Yakni membaca, menelaah, mengutip iktibar apatah lagi menjadikannya sebagai panduan dalam segenap urusan seharian kita.

     Tetapi bandingkkan cinta kita kepada komik, novel,kepada surat khabar? Betapa kita merasai sangat kecewa apabila terlepas satu tajuk novel terbaru. Betapa kita sangat kecewa apabila terlepas satu edisi surat khabar. Kenapa jadi begitu terbalik?
Cinta kita kepada komik, novel dan yang lain sudah sangat luar biasa. Hidup terasa tidak menyenangkan. Suram, sedih, dan gelisah apabila kita tidak mendapatkan itu semua. Sungguh menyedihkan!

        Sila jawab pertanyaan ini. “do you really love al-Quran?” apakah kita benar-benar mencintai al-Quran?  Sudah berapa banyak kita meluangkan waktu untuknya? Sudah sebanyak mana segala petunjuk yang terkandung di dalamnya. Kita jadikan pedoman untuk menguruskan kehidupan seharian? Sudah berapa kali kita menghafal, mengkhatam, dan membacanya berulang-ulang? Mungkin kita hanya menghafal beberapa ayat sahaj. Itupun sekadar untuk digunakan sebagai bacaan dalam solat. Mungkin sahaja kita belum mampu membacanya. Subhanallah! Di manakah cinta kita kepada satu-satunya kitab suci kita itu?

      Hanya almari tempat kita menyimpan kitab suci itu. Kitab itu tidak perdah beralih ke hati dan perasaan kita. Belum juga mampu menjadi akhlak seharian kita selama ini. Biarkan usia semakin berlalu tetapi al-Quran masih belum juga meresap  ke dalam jiwa kita. Bahkan, mungkin juga semakin meningkat usia kita, semakin semakin jauh al-Quran dari hati  dan perasaan kita. Kita gagal untuk mengakrabkan diri dengan kalamullah ini.

      Kenapa jadi begitu? Apakah kerana selama ini memang cinta kita kurang besar, maka kita tidak serius mencintai alQuran? Masih separuh-separuh sahaja dan tidak beranjak menjadi lebih serius. Atau mungkin sahaja cinta kita belum sedikit pun bertunas untuk al-Quran. Mungkin sahaj, segala cinta kita sibuk melayani kehendak duniawi, hingga terlupa untuk menyenaraikan kitab suci ini sebagai antara yang perlu dicintai dalam kehidupan ini.

      Al-Hasan bin Ali berkata, “Generasi sebelum kalian telah memandang al-Quran sebagai surat daripada Tuhan(Kekasih) mereka. Yang mereka baca  dan hayati di malam hari, dan mereka terapkan di siang hari.”
Maka, sesiapa sahaja mencintai al-Quran nescaya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Demikian kata-kata Ibnu Mas’ud. Pelbagai permasalahan umum pada diri kita saat berinteraksi dengan al-Quran. Antara lain ialah:

  1.  Kita sedar sepenuhnya bahawa tilawah setiap hari adalah keharusan, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk memberikan komitmen secara rutin sehingga dalam sebulan begitu banyak hari-hari yang dilalui tanpa tilawah al-Quran.
  2. Kita faham bahawa menghafal al-Quran adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk meraihnya dengan mujahadah.
  3.  Kita sedar bahawa masih banyak ayat yang masih belum kita fahami. Namun jiwa kita tidak bersedia untuk melakukan berbagai-bagai langkah walaupun yang paling minimum untuk dapat memahami isi al-Quran.
  4.  Kita sedar bahawa mwngajarkan al-Quran sangat besar fadhilatnya, tetapi kerana rendahnya penghargaan ummat terhadap al-Quran maka sangat sedikit yang bersedia menjadi tenaga pengajar al-Quran.
  5.  Kita faham bahawa solat yang baik, khususnya solat malam adalah solat yang panjang dan sebenarnya kita mampu baca banyak ayat, namun jiwa kita terkadang tidak tertarik terhadap besarnya fadhilat al-Quran dalam solat.
  6. Kita sedar bahawa dakwah dijamin oleh nas al-Quran dan Allah akan memberikan kemenangan, namun jiwa kita tidak sabar dengan prosesnya yang panjang sehingga cenderung meninggalkan atau lari dari medan dakwah.
  7. Kita faham betul bahawa banyak keutamaan di dunia dan di akhirat bagi manusia yang berinteraksi dengan al-Quran, tetapi fadhilat tersebut hanya menjadi pengetahuan, tidak mampu menghasilkan tenaga yang besar kepada diri kita untuk beristiqamah dalam berinteraksi dengan al-Quran.
  8. Kita faham dengan sangat jelas bahawa tokoh islam di atas bumi ini adalah orang-orang yang telah berjaya dalam ilmu al-Quran dan mereka pon menguasai kehidupan dunia, namun jiwa kita enggan mempersiapkan generasi mendatang yang hidupnya berada di bawah naungan al-Quran.
Justeru, jangan berhenti merayu diri agar segera bangkit. Tanyakanlah pada diri kita:
    
      Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah? Mengaku cinta kepada Allah tetapi tidak merasa senang berinteraksi dengan kalam-Nya. Sedangkan kalam-Nya itu umpama surat cinta daripada-Nya sebagai tanda kasih kepada kita sebagai hambaNya. Bukankah ketika manusia bercinta dengan manusia lain, dia menjadi senang dan gembira untuk membaca surat daripada kekasihmya, bahkan akan membaca berulang-ulang kali?
      
        Mengapa kamu begitu berat dan enngan hidup dengan wahyu Allah adakah jaminan bahawa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal soleh? Dengan apa lagi kamu mampu meraih pahala Allah? Infak Cuma sedikit, jihad belum bersedia. Kalau tidak dengan al-Quran, dengan apa lagi?

     Wahai jiwaku, siapa yang menjamin keamanann dirimu saat gentingnya suasana akhirat? Padahal Rasulullah memberi jaminan bahawa Allah akan memberikan keamanan bagi manusia yang rajin berinteraksi dengan al-Quran, mulai dari sakaratulmaut hingga saat melalui ttitian sirat.

     Waha jiwaku, tidakkah kamu merasa malu kepada Allah? Dengan nikmatNya yang demikian bannyak, yang diminta mahupun tidak, tidakkah kamu bersyukur kepadaNya? Lantas berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan memperbanyakkan  membaca al-Quran? Bukankah dengan cara mengakrabkan diri dengan al-Quran itu adadlah jambatan untuk melampiaskan rasa syukur kita kepada-Nya atas segala kurnia yang telah diberikan sepanjang usia kita di sunia ini?     

     Wahai jiwaku, sedarkah kamu ketika Allah dan RasulNya mengajak dirimu memperbanyakkan hidup bersama al-Quran? Untuk siapakah manfaat amal tersebut? Apakah kamu mengira bahawa dengan banyak membaca al-Quran maka kemuliaan Alah dan RasulNya akan bertambah? Dan sebaliknya, jika kamu tidak membaca al-Quran, kemuliaan itu akan berkuranngan? Sekali-kali tidak. Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak mendapatkan manfaatnya.

     Wahai jiwa, tidakkah kamu merasa khuatir dengan dirimu sendiri? Selama ini hidup tanpa al-Quran, sedang usia semakin menuu ke titik akhir, tabungan amal soleh masih sedikit, jaminan masuk syurga tidak ada di tangan. Sampai saat ini belum mampu tilawah secara rutin satu juzuk sehari. Jangan-jangan al-Quranlah yang tidak mahu bersama dirimu kerana begitu kotornya dirimu sehingga al-Quran semakin menjauh darimu.

      Wahai jiwa, tidakkah engkau terliur untuk mengikut jejak kehidupan Rasulullah dan para sahabat serta tabiin yang menjadi kenangan sejarah sepanjang zaman dalam berinteraksi dengan al-Quran? Jika hari ini kamu masih lagi enggan berinteraksi dengan al-Quran apa yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang tentang dirimu?

    Ungkapan di atas adalah renungan terhadap diri sendiri dalam urusan dunia dan akhirat. Ia adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Allah agar hidup kita tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang makna.
          “.......Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir, tentang dunia dan akhirat....”    
                                                                                    (Al-Baqarah: 219-220)
                               


≈ANA MUJAHIDAH≈