Wednesday 8 February 2012

CALON SUAMI

*Sambungan daripada AMINAH CINTA PUTERI QURAISY*








“Adakah Aminah sudi menerima kamu?”
Kecantikan adalah suatu anugerah dan juga amanah daripada Tuhan. Aminah juga sedar hal itu. Walaupu ramai di kalangan aggota masyarakar Arab Quraisy pada masa itu mengamalkan cara hidup yang tidak beretika dan berakhlak, namun ada segelintir yang terkecuali.

Mereka masih berpegang pada nilai-nilai murni ajaran Hanif yang menjadi pegangan nenek moyang mereka. Agama yang berasal dari seorang nabi dan rasul, Ibrahim dan Ismail. Namun kebanyakan mereka menafikan semuanya dengan mensyirikkan Allah lalu menyembah berhala-berhala yang mereka cipta dan tukang sendiri.

Kecantikan Aminah tetap menjadi perhatian dan perbualan penduduk Makkah saban hari. Keperawanan dan kejelitaan gadis bani Abu Zuhrah itu menjadi mimpi dan igauan para pemuda Arab di Mekah ketika itu. Sesekali apabila mereka bertemu dan berborak, isu Aminah pasti menjadi topik utama.

Kata seorang pemuda dengan lagaknya di hadapan rakan-rakan yang hampir sebaya dengannya, “Sekiranya aku mahu beristeri, Aminah anak kepada Wahab daripada bani Zuhrah itulah yang paling layak denganku.”

“Benarkah begitu?” tingkah sahabatnya sengaja mahu memanaskan keadaan.

“Sudah pasti, kerana aku dan dia sangat cocok. Dia daripada keturunan yang mulia dan aku juga daripada keturunan yang mulia. Aku yakin dia pasti menjadi milikku suatu hari nanti.” Pemuda itu menjawab tegas.

Mereka yang lain tidak berani membantah pemuda itu walaupun turut menyimpan hasrat bagi meiliki Aminah, kerana pemuda itu dikira sebagai ketua mereka.

“ Adakah Aminah sudi menerima kamu?” soal rakan pemuda itu lagi.

“Itu semua boleh diatur. Aminah gadis yag baik, dia pasti mengikuti setiap arahan Pakciknya, Wuhaibbin Abdul Manaf. Saya perlu pergi berjumpa dengan Pakciknya. Itu sahaja<” jawab pemuda itu.

“Mahukah Wuhaib menerimamu?” Sahabatnya terus menyoal.

“Aku minta bantuan daripada ayah aku. Wuhaib pasti hormat dengan ayah aku lantas membenarkan kami berkahwin.” Pemuda itu menjawab dengan yakin.
Pemuda itu tersenyum puas mengingatka rencana dan khayalannya yag indah. Di mahu pastikan segala-galanya menjadi kenyataan.

Tiba-tiba lamunannya dicelah oleh salah seorang kawannya pula, “Jangan terlalu yakin sangat, nanti merana. Kita semua tahu yang sudah banyak lamaran hebat yang ditolak oleh Wuhaib dan Aminah.”

Kegirangan pemuda tadi hampir berkecai, kemarahan pula yang menjengah, “ Kamu semua belum kenal siapa aku. Aku pasti memiliki Aminah!”
Namun dia, para sahabat dan seluruh pemuda arab Quraisy tahu yang mereka pasti kecewa sekiranya menaruh harapan mahu memperisterikan Aminah binti Wahab.
.....................


“Kejelitaanmu bak bidadari dari kayangan,” ungkap seorang penyair tatkala terpandang wajah Aminah.

“Beruntung siapa yang memperisterikan Aminah, anak saudara Wuhaib. Bukan sahaja cantik dan sopan malah cerdas dan bijak orangnya,” ujar golongan ibu bapa pula. Mereka memasang harapan supaya anak lelaki mereka mampu memancing perhatian anak gadis itu.

“Bayangkan anak yang bakal lahir daripada rahimnya. Sekiranya anak itu lelaki, pasti sempurna seperti malaikat. Sekiranya anak itu perempuan, pasti sempurna seperti bidadari syurga.” Begitulah kata-kata pujian yang terhamburdaripada masyarakat Arab yang tinggin nilai kesusasteraannya.

Menjadi tradisi mereka menjadikan keindahan alam, kecantikan dan ketampanan sebagai tema syair mereka. Bukan itu sahaja, malah syair digunakan bagi membodek dan mengeji pembesar-pembesar mahupun individu yang mereka tidak sukai. Menjadi penyair merupakan kerja yang mulia pada waktu itu. Mereka beraksi setiap hari di pasar Mekah.

Sungguh Allah menjadikan mausia itu berpasangan, sebelum kejadian Adam dan Hawa lagi. Allah dengan segala kekuasanNya mencipta makhluk-makhluk yang berpasangan. Itulah antara penyebab nabi adam memohon pasangan untuk dirinya juga. Maka diciptakan Hawa sebagai pasangan yang bahagia di syurga daripada rusuk kirinya sendiri.

Sehinggalah........... datang Iblis yang dilaknat Allah.........

...................

Di Mekah yang gersang, sedang tumbuh sekuntum bunga yang sangat cantik dan indah. Ramai yang cuba menyuntingnya, namun semuanya hampa. Maha Adil Allah, Tuhan sekalian alam, tidak jauh dari si bunga yang sedang indah menguntum itu, tumbuh juga susuk seorang jejaka Arab yang sempurna.

Dirinya tidak terlepas menjadi bualan para perawan. Mereka bahkan sentiasa berharap bertembung, berjumpa bahkan hidup bersama dengannya sebagai suami isteri. Sesetengahnya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Alangkah bahagia sekiranya dia sanggup mengambil aku sebagai suri hidup.” Angan seorang gadis yang kejelitaannya terserlah. Namun, dia hanya mampu berangan-angan.

“Akanku jadikan dirinya lelaki yang paling bahagia sekiranya dia sanggup memperisterikan aku.” Ungkapan janji manis yang jarang dilafazkan oleh para gadis Arab Quraisy.

“Sekiranya wanita Arab boleh memilih suaminya sendiri, saya tanpa ragu memilih dia menjadi suamiku” getus gadis yang lain pula.

“Segalanya menjadi sempurna sekiranya dia menjadi suami kepada perempuan Arab,” tingkah sang perawan yang lain pula.

Begitulah seterusnya, susuk itu terus menjadi bayangan harapan para gadis Arab Quraisy. Beliau adalah Abdullah bin Abdul Mutalib, sebaik-baik pemuda Arab Quraisy.
Di rumah halah, dia sedang berkira-kira sesuatu. Nampak jelas pada wajahnya, ada kerunsingan yang berlegar.

Juwairiah yang prihatin menegur, “Apakah mengganggu fikiran puan, sekarang? Dari tadi saya perhatikanpuan gundah gulana sahaja.”

Halah terus bermenung. Pandangannya dilemparkan nun jauh ketengah ombak putih padang pasir. Kadangkala pula dia tancapkan pandangan di dada langit yag membiru luas. Walaupun kadangkala ada awan-awan putih berarak memintas pandangannya, Halah tidak perasan mahupun mempedulikannya. Fikirannya menerawang. Hanya ada satu dalam fikirannya.

“Aminah.”

“Aminah..... megapa dengan dia?” tanya juwairiahnya.

“Aminah adalah saudara yang amat saya cintai, bahkan saya mencintainya melebihi diri saya sendiri. Dia sudahpun menjadi perawan dan saya sudah bersuami. Dia juga akan bersuami, namun saya amat khuatir sekiranya suami dia tidak secocok dengan peri laku dan akhlaknya itu.” Halah meluahkan rasa gusarnya itu.

“Bukankah ramai yang mahu memperisterikan? Saya tidak nampak mengapakah pua perlu risau fasal jodoh Aminah.” Juwairiyah memujuk kerana tidak mengerti apa yang berlegar dalam kepala puannya itu.

“Itu yang menjadi kerisauan saya. Dalam ramai-ramai yang mahu menjadi suaminya, yang manakah paling tepat dipilih sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya. Saya mempunyai rancagan, namun sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan.” Halah berkata dengan perlahan.

“Maksud puan?”

“Abdullah, anak kepada suami saya.” Jawab Halah.
Juwairiah separuh menjerit, “Ya! Tiada yang paling sesuai dipadankan intan permata selain denga manikam.”

Halah kembali mengeluh. Ada lagi hal yang bersarang dalam benaknya. Alang-alang Juwairiah sudah bertanya, dia luahkan sahaja.

“Masalahnya, suami saya belum maklumakan hajat saya ini. Saya tidak tahu apa pendapatnya pada cadangan ini. Saya tidak risau fasal Abdullah. Sekiranya Abdul Mutalib setuju, Abdullah juga pasti setuju.”

“Sudahkah puan usulkan kepada tuan?” tanya Juwairiah itu kembali.

“Belum, saya masih belum punya kesempatan. Sejak kebelakangan ini, dia sibuk, kelihatan letih dan terteka apabila pulang ke rumah. Saya tahu itu bukan waktu yang sesuai bagi saya membincangka hal-hal yang berat ini. Saya perlu menunggu sehingga suami saya benar-benar tenang dan bersedia. Kemudian baru saya maklumka rancangan ini,” jawab Halah.

Hari yang dinantikan Halah tiba jua akhirnya. Hari ini dia melihat suaminya, Abdul Mutalib senang hati. Dia segera memainkan peranannya. Selepas dilayan suaminya dengan hidangan makanan dan minuman yang lazat-lazat, lantas dia dengan lemah lembut memulakan perbincangan.

“Wahai suamiku, sesungguhnya saya berasa sangat bertuah dan beruntung sekali dapat bersuamikan kamu,” ucap Halah denga nada yang ceria.
Abdul Mutalib tersenyum bangga dipuji isterinya yang masih muda itu.

“Tidak pernah kurang harta kekayaan, pakaian dan makanan selama ini. Namun kekayaan, pangkat dan nama tidak semestinya menjamin kebahagiaan.” sambung Halah.
Abdul Mutalib sedikit terkejut. “Maksud kamu?”

“Lihatlah pada kaum kita sekarang, para para pemuda dan pemuda Arab Quraisy semuanya terlibat dengan keseronoka duniawi. Nilai-nilai mulia nenek moyang kita, Ismail dan Ibrahim sudah terhakis daripada diri mereka.” Terang Halah.

Abdul Mutalib diam membisu seribu bahasa, dia tahu kata-kata isterinya itu penuh kebenaran. Namun dia juga sudah tidak punya jalan bagi merubah perangai kaumnya itu. Dia hanya mampu mengawal mereka daripada terus berbalah, bertelagah, bahkan mungkin berbunuhan sesama sendiri. Yang lain-lain adalah di luar bidang pengaruhnya.

“Bicarakan adinda, apa sebenarnya yang terbuku di sanubarimu?” soal Abdul Mutalib.
Dengan cermat Halah menyusun kata-kata, melantunkan bicara. “Anakmu Abdullah, saya kira sudah mampu menanggung beban sebagai ketua keluarga.”

“Maksudmu?” Abdul Mutalib buat-buat tidak faham, walhal pada masa yang sama, dia juga sudah mengagak apakah maksud isterinya itu.

“Begini, bukankah kamu juga tahu yang saya juga dahulu ada sepupu yang muda beberapa tahun daripada saya. Dia sudah menjadi perawan yang cantik rupa dan budu bahasanya. Sesuai sekiranya pasangan itu disatukan atas ikatan perkahwinan,” jelas Halah.
Tiba-tiba, Abdul Mutalib ketawa. Dia kelihatan gembira sekali.

“Isteriku, ketahuilah olehmu yang sememangnya Aminah pasti dinikahkan dengan puteraku Abdullah. Tanpa disangka kamu juga bersetuju. Legalah hatiku. Selama ini saya berat hati memikirkan cara mahu memaklumkan perancanganku itu.” Balas Abdul Mutalib pula.

Halah tidak tertahan mahu meluahkan kegirangannya. “Benarkah bicara kanda? Apakah benar ini adalah takdir kedua-dua mempelai putera dan puteri Arab Quraisy itu?”

“Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kita kela,” kata Abdul Mutalib sambil tersenyum apabila melihat isterinya gembira.

Halah yang masih berbunga hatinya pergi ke rumah ayahnya apabila petang menjelang. Hal ini perlu disampaikan segera kepada ayahnya, Wuhaib bin Abdul Manaf. Pada petang itu, mereka berbicara empat mata.

Wuhaib hairan apabila anaknya itu pulag tergesa-gesa, malah mengajaknya berbual di tempat yang tidak didengari orang.

“Apakah kamu mempunyai masalah sehingga begini sulit mahu berbicara?” soal tanya Wuhaib yang hairan dengan sikap anaknya itu.

Halah cuba menenangkan diri. “Ini adalah hal yang besar dan ia tentang Aminah.”
“aminah? Mengapa dengannya?” tanya Wuhaib yag semakin hairan.

“Apakah ayah sudah menerima lamaran mana-mana pemuda yang mahukan Aminah sebagai isteri mereka?”

Wuhaib sudah separuh jelas mengenai maksud kedantangan Halah. “Belum lagi. Mengapa? Kamu sudah ada calon yang sesuai?”

“inilah yang saya mahu bincang dengan ayah.” Jawab Halah.
Wuhaib memasang telinganya.

“Menantu ayah, suami saya mempunyai seorang anak yang bernama Abdullah.”
Wuhaib memotong, “Ya, ayah tahu dan kenal pemuda itu.”

“Dia adalah calon paling layak untuk Aminah.”

“Atas dasar apa yang kamu berkata begitu?”

“Tidak ada pemuda lain yang mampu menandingi Abdullah. Seorang pemuda yang segak perkasa, baik tutur katanya, mulia pekertinya, paling cerdas dan terhindar daripada segala jenis maksiat yang sedang galak dilakukan oleh pemuda-pemuda kaum Quraisy sendiri.”
“Benar kata-katamu itu.”

“Sinar di matanya memancarkan suluhan cahaya sama dengan Aminah. Sekiranya dipertemukan kedua-dua cahaya ini, alangkah indahnya dunia ini, alangkah bertuahnya tanah Arab ini dan alangkah beruntungnya Mekah.”

Wuhaib terdiam seketika dan dalam dia berfikir, sekiranya dipendekkan rancangan dan cadangan daripada Halah, adalah lebih baik. Siapa tidak kenal Abdullah, begitu juga siapa yang tidak mengenali Aminah.

“Namun, adakah suamimu bersetuju bagi bermenantukan Aminah? Apakah benar Aminah yang dikehendaki sebagai menantu keluarganya?” Soal Wuhaib.

Mata Halah bersinar dan mulutnya terus petah menyusun kata memberitahu ayahnya.

“Saya pernah berbincang dengannya tentang hal ini. Saya ajukan kepadanya beberapa persoalan tetang mereka berdua. Mula-mula saya mengetahui yang suami saya mahu mengahwinkan puteranya, maka saya berikan beberapa nama calon di kalangan perawan-perawan Quraisy daripada bani hasyim dan Bani Abu Zuhrah. Ternyata dia menolak. “ jawab Halah.
Wuhaib tekun mendengar.

Abdul Mutalaib memaklumkan yang dia tidak mahu menjodohkan gadis-gadis itu dengan puteranya, Abdullah. Ini kerana dia mahukan bakal menantunya seorang gadis yang cantik, cerdas, suci, dan pintar. Dia juga mahukan menantunya yag boleh memikul bebanan hidup bersama puteranya itu. Susah dan senang mesti bersama suaminya, boleh menjaga amanah suaminya saat tiada di rumah dan membahagiakan apabila pulang ke rumah. Bakal isteri Abdullah juga mesti menjadi pendorong ke arah keagungannya. Kedua-dua mereka juga mesti membina istana bahagia yang tenang dan nyaman yang menjadi tempat kedua-duanya beristirehat, senandung puis dan syair indah. Dia juga mahukan bakal menantu daripada kalangan bani Abdul Manaf, keturunan terhormat daripada kaum Quraisy. Daripada rusuk-rusuk mulia itulah, bakal lahirnya keturunan yang mulia. Bukankah pengaruh antara keturunan kedua-duanya adalah penentu anak-anak pada masa hadapan,” terang Halah dengan panjang lebar.

Halah menamatkan bicaranya yang panjang lebar itu. Ayahnya Wuhaib makin dicengkam galau, antara gembira ataupun tidak.

“Sehinggalah saya usulkan nama Aminah dan beliau terus sahaja bersetuju.”

“Benarkah begitu?”
Halah mengangguk-ngangguk sambil memandang ayahnya yang masih kurang percaya. Maklumlah, Abdullah sudah menjad buah mulut dan rebutan para perawan Mekah. Daripada segi logiknya, Abdullah dan Aminah sangat sepadan. Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.
Wuhaib bermenung seketika. Dia msih berkira-kira.

“Benar anakku, selain Aminah, siapa lagi yang mempunyai ciri-ciri yang disebut oleh suamimu itu.” Wuhaib akhirnya membenarkan kata-kata anaknya itu.

“Ya, tiada seorang pon daripada keseluruhan perawan Arab yang persis Aminah. Itulah kenyataannya, apa pendapat ayah?”

“Sekiranya benar, mengapa pula sehingga sekarang Abdul Mutalib belum datang untuk menyampaikan hasrat mahu menyunting Aminah buat anaknya Abdullah. Dia pun tahu sekiranya dirinya yang berbicara kepadaku, Aminah pasti menjadi milik bani Hasyim dengan serta merta. Namun saban hari pula, ayah melihat Abdul Mutalib asyik termenung, seakan mempunyai masalah yang besar terbeban di bahunya. Dia seolah-olah sedang berwaspada kepada bencana yang bakal menjelang. Kami yang berada di sekelilingnya pon tidak dihiraukan. Hampir saja kami menganggap beliau hanya pentingkan dirinya sendiri.” Jelas Wuhaib.

Halah faham maksud ayahnya kerana suaminya juga berkelakuan demikia apabila berada di rumah. Padahal semua orang kenal dan tahu yang Abdul Mutalib mulia dan baik budi pekertinya. Beliau juga ketua kaum yang berani dan dermawan, seorang yang sangat mempercayai takdir dan kuasa Tuha serta berkeyakinan jitu yang segala ketentuan adalah hak milik Tuhan semata-mata.
Halah kemudian tersenyum kepada ayahnya lalu berkata, “Memang begitulah keadaan menantu ayah itu sejak kebelakangan ini. Saya juga kurang pasti apakah musbah yang menimpanya. Beliau bukan penghutang yang dalam buruan para pemiutang. Beliau juga bukan seorang miskin yang asyik mengeluh pada kemiskinan dan kesusahannya. Kekayaan juga baginya hanyalah pinjaman daripada Tuhan semata-mata. Keturunannya sudah ramai dan mereka semua membesar dengan keadaan yang mencukupi. Walau apapun masalah suamiku itu, saya yakin dia menemui jalan kelura dengan segera. Kemudian dia segera datang menemui ayah bagi menyataka hasrat meminang Aminah untuk anaknya, Abdullah.”

“Bila Halah? Apakah Abdul Mutalib tidak tahu yang ayah sudah letih berhadapan dengan para pemuka dan putera-putera arab lain bagi menolak permintaan pujukan dan lamaran mereka? Siang dan malam tiada henti, mereka datang dengan desakan, sama ada berseorangan mahupun rombongan, kadang-kadang mereka menggunakan kerabat kita sendiri. Kadang-kadang pula mereka meminta kerabat mereka dan pemimpin kaum yang berpengaruh. Tidakkah Abdul Mutalib bimbang ayah menyerahkan Aminah kepada salah seorang daripada mereka?”

Pantas Halah mencelah dan menjawab persoalan ayahnya itu, “Sesungguhnya Abdul Mutalib amat memahami dirimu. Kamu juga tidak asing padanya tambahan pula sekarang dia adalah menantu dan sahabatmu. Dia yakin yang kamu memahami dirinya justeru dia pasti yang kamu tidak menerima lamaran daripada pemuda Quraisy yang buruk akhlaknya. Selain itu, bukankah perhatian dan kemesraan Abdul Mutalib kepada Aminah sejak kecil lagi. Bukankah Abdul Mutalib juga pernah menghadiahkan Aminah sebuah hadiah yag indah daripada Yaman iaitu sehelai baju sutera asli yang penuh perhiasannya. Sedangkan baju sutera sebegitu hanya dipakai oleh mempelai perempuan ketika berkahwin. Bukankah itu tanda yang Aminah adalah calon menantunya untuk Abdullah.”

Halah menyambung, “Cuma Abdul Mutalib sedang mencari waktu yang sesuai dan tepat bagi membicarakan hal ini secara rasmi. Dia masih kusut dengan masalah yang saya sendiri tidak diberitahu puncanya. Namun hal serta masalah itu pasti berlalu. Aminah juga masih muda walaupun susuknya menampakkan kematangan. Saya pasti yang Abdullah juga berkenan dengan Aminah. Cuma dia perlu menunggu restu daripada ayahnya sahaja.”

Mendengar jawapan yang panjang lebar itu, membuatkan Wuhaib terpegun seketika.
Dia kemudian bersuara perlahan, “Jadi, menurutmu adalah wajar ayah tolak sahaj semua pinangan yang menjengah saban hari?”

“Itulah sebaiknya. Hakikatnya Abdul Mutalib sememangnya mahuka Aminah sebagai menantunya dan isteri kepada aaknya yang tercinta, Abdullah. Abdul Mutalib tidak mudah berubah fikirannya. Saya pula dengar sendiri bicaranya berkenaan hal ini. Aminah sudah menjadi milik Abdullah. Apabila kekalutan Abdul Mutalib usai, doakan sahaja mereka berdua berjaya disatukan atas nama Tuhan,” jelas Halah.

Wuhaib diam termangu. Berat mindanya memikirkan soal ini kerana dia adalah kata pemutus dalam hal ini. Dia adalah bapa saudara Aminah, adik-beradik kepada Wahab bin Abdul Manafyang membela Aminah sejak dia masih kecil sehngga tumbuh mekar sebagai perawan arab yang anggun.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, Halah keluar meninggalkan ayahnya seorang diri di dalam biliknya. Membiarkan ayahnya melayan galau hati sendirian.

Halah keluar ke laman dan mendapatkan Aminah. Dia beazam tidak sekali-kali membocorkan rahsia perbincangannya dengan Wuhaib.

Mereka berdua mula menceritakan hal-hal semasa, rumah tangga dan hal-hal kehidupa mereka. Mengiringi Halah adalah para abdi suaminya.

Apabila malam hampir larut, Halah tahu dia perlu pulang. Suaminya pasti runsing sekiranya dia terlewat pulang.

“Baiklah Aminah, saya terpaksa berundur dulu,” kata Halah.

Aminah tersenyum pahit kerana dia tidak mahu melepaskan halah pulang. Dia teringat zaman mereka kecil-kecil dahulu yang sentiasa bersama dalam segenap hal, bahkan bilik dan pakaian mereka juga dikongsi bersama.

Namun kini keadaan sudah berubah. Halah adalah isteri orang, dia perlu taat dan setia kepada suaminya. Begitu juga Aminah selepas dirinya berkahwin kelak.

“Baiklah, Halah. Saya pasti merinduimu,” kata Aminah sedikit sebak.

“Esok kamu mesti datang ke rumah saya. Saya sudah meminta izin daripada ayah dan suami. Mereka tidak menghalang kita bertemu,” tingkah Halah sambil bangun dan tersenyum kepada Aminah.

Sambil mengatur langkah Halah memberikan amanat terakhirnya kepada Aminah, “jangan lupa malam esok, datang ke rumah saya dan jangan lambat!”

Kedua-duanya tersenyum bahagia kerana rasa rindu masing-masing sudah terubat. Mereka tidak sabar menanti hari bertukar kerana mahu bertemu kembali.


*sambungannya akan menyusul selepas ini*

No comments:

Post a Comment