Saturday 14 April 2012

UNDIAN MAUT








*sambungan dari NAZAR ABDUL MUTALIB


Nampaknya keadaan di rumah Abdul Mutalib hingar bingar dengan kehadiran orag Quraisy. Mereka bercakap sesama sendiri berkenaan nazar Abdul Mutalib.

“Kamu rasa Abdul Mutalib mahu laksanakan nazarnya itu?” tanya seorang pemuda Quraisy kepada sahabatnya.

“Saya juga kurang pasti. Sekiranya saya yang menjadi Abdul Mutalib, pasti saya carikan jalan lain selain menyembelih anak kandung sendiri,” jawab pemuda itu.

“Saya juga berfikiran begitu,” sambung pemuda yang alin pula.

Tiba-tiba kedengaran suara yang agak keras daripada seseorang yang sudah berumur. Dia sedang menunjukkan percakapannya kepada Abdul Mutalib yang duduk di tengah-tengah kerumunan manusia yang berbangsa Quraisy itu.

Katanya, “Wahai Abdul Mutalib, kamu adalah lelaki mulia dan penyelamat kabilah kita. Hanya kerana tangan kamu yang menghayun cangkul, tanah Mekah sudi mengeluarkan kembali air dari telaga zamzam.”

Sekalian hadirin sedang menumpukan perhatian kepada orang tua yang sedang bercakap itu. Kemudian dia menyambbung lagi , “saya mewakili semua kabilah Quraisy merayu kepada kamu supaya membatalkan sahaja nazar kamu itu, ataupun gantikan sahaja dengan nazar lain yang setimpal.”

Abdul Mutalib diam seribu bahasa, wajahnya mencuka.

Beberapa ketika kemudian, dia memandang hadirin lalu berkata, “Tuan-tuan dan puan-puan, apakah kamu semua fikir yang nazar kepada tuhan adalah perkara main-main? Saya tetap laksanakan nazar saya.”

Orang tua itu masih tidak putus asa dan merayu, “Kami khuatir sekiranya kamu melaksanakan nazar itu, akan timbul amalan baru yang menjadi ikutan kepada anak cucu kita.”

Ada beberapa suara menyampuk namun tidak jelas. Abdul Mutalib tetap memasang telinganya. Melihat Abdul Mutalib tidak memberikan reaksi kepada kata-kata para hadirin, mereka akhirnya diam.

Saat itu Abdul Mutalib berkata, “Saya sudah bernazar, ia wajib dilaksanakan.”
Hadirin terkedu.

Sepuluh anak lelaki Abdul Mutalib kemudian datang berdiri mengelilingi Abdul Mutalib. Mereka seakan bersedia bagi menerima apa sahaja keputusan ayah mereka. Tiada gambara takut pada wajah mereka.

Hadirin kagum dengan mereka semua. Apa yang mereka lebih kagumkan ialah Abdul Mutalib sendiri keraa berjaya mendidik dan menjadikan kesemua anak-anaknya sebagai pahlawan padang pasir yang tidak takut mati.

“Sungguh berani........ kami kagum kepada kamu. Kamu bukan sahaja berjaya menjadi pemimpin kabilah kita yang berkaliber, malah sebagai seorang ayah yang gagah perkasa dan prihatin juga.” Kata seseorang kepada Abdul Mutalib.

“Lihat anak-anak Abdul Mutalib, inilah pemuda Quraisy yang sejati. Sekiranya ada 100 orang lagi anak Abdul Mutalib, saya pasti tiada makhluk di atas muka bumi ini berani menyerang kaum Quraisy lagi,” laung seseorang di celah kerumunan manusia itu.

Salah seorang daripada anak Abdul Mutalib yang berada di sampingnya saat itu kemudian berkata dengan suara yang keras dan menggentarkan hadirin. “Kami adalah anak Abdul Mutalib, penjaga Kaabah yang tangannya sudah menyelamatkan tanah Mekah. Kami tidak gentar walaupun terpaksa mengorbankan nyawa kami. Jangan gentar, tunaikan nazar itu supaya redha Tuhan bersama kita.”

Kata-kata serentak itu disambut oleh adik-beradiknya yang lain. “Benar kami tidak gentar, pilih sahaja salah seorang daripada kami, wahai ayahanda.”

“Ini sungguh tidak masuk akal.” Getus salah seorang hadirin.

“Nampaknya tidak ada apapun yang dapat menghalang Abdul Mutalib daripada melaksanakan nazarnya itu,” sahut rakan hadirin itu.

Tatkala itu, kedengaran suara tangisa wanita. Rupa-rupany isteri-isteri Abdul Mutalib sedang risau. Apakah anak mereka yang bakal menjadi korban?

Masing-masing tidak mampu lagi menahan sebak dan gundah yang hadir, “Ya Tuhan, janganlah Kamu kamu pilih anakku sebagai nazar korban ini.”

“Whai Abdul Mutalib, suami kepada kami dan ayah kepada anak-anak kami, apakah tidak ada lagi jalan lain selain mengorbankan salah seorang anak kamu, darah daging kamu yang kami kandungkan? Mengapa tidak digantikan dengan binatang ternakan, kambing dan unta yang menjadi korban menggantikan mereka?” rayu salah seorang isteri Abdul Mutalib.

Isteri-isteri yang lain seraya memandang Abdul Mutalib dengan pandangan yang basah dengan air mata kasih seorang ibu, air mata kerisauan, air mata harapan.

Abdul Mutalib memandang satu persatu wajah mereka. Tegar sekali. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke langit malam lalu berkata, “Saya sudah bernazar dan setiap Nazar itu wajib ditunaikan.”

Remuk redamlah hati wanita-wanita yang menjadi suri Abdul Mutalib itu. Kini mereka sedar yang tekad Abdul Mutalib tidak mampu lagi diubah. Walaupun ditawar intan permata, walaupun diberi selauta harta, bagi Abdul Mutalib, nazar kepada Tuhan tetap perlu dilaksanakan.

Situasi itu menjadi igauan dan mimpi buruk kepada penduduk Mekah. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya seorang ayah mahu menyembelih anak kandungannya? Bagaimana pula perasaan ibu kepada anak-anak itu?

“Malang sungguh isteri-isteri Abdul Mutalib!” kata seorang makcik yang tidak mampu menunggu lebih lama di majlis itu.

Bagaimanapun, ada rintihan yang sedikit berbeza bunyinya. Ia datang daripada anak-anak gadis yang sentiasa mendambakan Abdullah, anak Abdul Mutalib yang sempurna itu.

“Ketampanan dan kegagahab Abdullah sia-sia sekiranya nyawa melayang di hujung pisau sembelihan bapanya sendiri. Tuhanku jangan kamu pilih dirinya kerana saya mahu hidup bersamanya,” rintih seorang gadis.

Ternyata bukan gadis itu sahaja yang mengucapkan doa begitu, namun hampir keseluruhan anak gadis Quraisy mendoakan perkara yang sama kepada Abdullah.

Di suatu sudut bilik yang gelap, kedengaran juga rintih doa dari seseorang yang mulus. Dari siang tadi dia tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan supaya pemuda yang bernama Abdullah selamat daripada menjadi korban nazar ayahnya

“Wahai Tuhan, saya tidak tahu mengapa, saya resah dan gelisah memikirkan hal ini. Saya yakin para isteri Abdul Mutalib pasti merayu kepadanya, namun saya juga tahu yang nazar Abdul Mutalib seteguh bukit di sekeliling lembah gersang ini. Saya juga khuatir sekiranya yang terpilih kelak adalah Abdullah. Saya tidak tahu Tuhan, mengapa saya gelisah dan resah. Semoga kamu kasihan kepada kami dan berika ikhtiar selain menjadikan manusia sebagai korban kepadaMu.”

Malam itu berakhir dengan seribu satu gundahdan tanya. Siapakah yang bakal disembelih esok lantas lantas menjadi korban kepada Tuhan bagi melunaskan nazar Abdul Mutalib.

............................................


Mentari pula menyinar, sedikit demi sedikit menuju ke puncak. Penduduk Mekah bangun awal walaupun tidur lewat semalam. Malah ada yang tidak dapat melelapkan mata langsung, namun digagahi juga bagi melihat Abdul Mutalib melaksanakan nazarnya.

“Mari kita ke sana segera,” tingkah seorang lelaki.

“kemana?” tanya isterinya.

“Melihat siapa yang menjadi korban kepada nazar Abdul Mutalib.”

Tiba-tiba.........

“Itu rombongan Abdul Mutalib, dia sedang berlalu di depan rumah kita, kelihatan dia membimbit sebilah parang sembelihan,” kata lelaki itu.

“Di mana?” soal isterinya.

“Mahu mengikut mereka?” soal osterinya.

“Ya, bagaimana kamu?”

“Tidak sanggup saya melihat kekejaman ini, “ jawab isteri kepada pemuda Quraisy itu.

“Sekiranya begitu, saya sahaja yang pergi.kamu tinggal di rumah.”

Isteri pemuda Quraisy itu hanya mampu mengangguk. Pemuda itu kemudiannya menyertai robongan yang ramai jumlahnya. Debu-debu kering berterbangan memenuhi ruang udara.

Dia kemudian mencuit seorang lelaki yang lebih tua di sebelahnya lalu bertanya, “Adakah semua anak lelaki Abdul Mutalib ada? Ataupun ada yang melarikan diri?”

Lelaki tua itu menjegilkan matanya. “Apakah kamu sedar apa yang kamu cakapkan? Orang yang melaksanakan nazar o=itu adalah Abdul Mutalib, ketua kabilah Bani Hasyim yang mulia. Anak-anaknya yang diasuh tidak gentar kepada maut!”

Pemuda itu terdiam lalu cuba meloloskan diri ke hadapan. Hampir sahaja sampai di barisan hadapan, baru dia lihat kesepuluh anak Abdul Mutalib ada, bahkan sebenarnya keseluruhan ahli keluarga daripada kabilah bani Hasyim juga hadir pada pagi itu.

Terdengar raungan para ibu............

“Nasib apakah ini!” Salah seorang isteri Abdul Mutalib meretap keras.

“Ini adalah kejam! Tolonglah batalkan sahaja!” jerit hadirin yang lain.

“Tolonglah...... mereka ini masih muda, baru mahu mengenal dunia, sudah disuruh mati, kasihannya!” rayu hadirin yang lain pula.

Ratap hiba itu bertrusan dan menggemparkan seisi Mekah. Mereka berarak sehingga sampai di hadapan Kaabah dan melakukan tawaf.

Selepas itu mereka semua berkumpul di hadapan Hubai, berhala yang paling besar antara yang lain. Mereka hanya mampu memandang berhala itu dengan mata hati yang membara.

Kini, di hadapan berhala yang diperbuat daripada batu itu, ada segelintir hati yang menyumpah. Mereka seakan tidak bersetuju nyawa mausia perlu dikorbankan bagi dipersembahkan kepada berhala yang tidak punya kuasa apapun itu.

“Apakah patung ini punya manfaatnya? Sehingga perlu dikorbankan manusia untuknya!” getus salah seorang hadirin dalam hati. Dia tidak berani menyuarakan perasaannya itu kerana buruk padahnya kelak sekiranya didengari pembesar Quraisy.

“Sekiranya Ibrahim dan Ismail masih hidup, mereka pasti melaknat urusan ini. Ini bukan ajaran Tuhan yang benar, ini hanya perlakuan orag yang sesat!” tingkah yang lain pula.

Beberapa orang yang mendengar sahabat mereka sedang mengata-ngata perihal keburukan dan kejelikan berhala memberi amaran, “Jangan kalian berbicara sebegitu, takut nanti ditimpa musibah.”

Ada pula yang menambah. “Ya, lebih baik kita mendiamkan diri. Walaupun berhala ini bukan Tuhan yang sebenar namun ia dianggap sebagai wakil Tuhan yang setaraf denganNya. Jangan kita ingkari ajaran nenek moyang kita.”

Saatnya kini sudah tiba, keringat jantan mula membasahi Abdul Mutalib.

“Nampaknya Abdul Mutalib sedang bertafakur.” Mereka yang berada di situ sedag memerhatikan setiap tingkah Abdul Mutalib.

“Ya, segalanya terjawab sebentar sahaja lagi,” jawab beberapa orang yang ada di situ.

Tiba-tiba.........

“Wahai penjaga berhala, keluarkan tempurung itu dan goncanglah!”
Abdul Mutalib bertempik keras kerana yang dimaksudkan dengan tempurung itu adalah bekas yang di dalamnya ada nama anak-anaknya bagi menentukan siapa yang menjadi korban nazar nanti.

“Biar Tuhan tentukan, siapa yang dia mahu. Saya sudah bernazar mahu menyembelih salah seorang daripada sepuluh anak saya dan tidak ada perkara yang dapat menghalangnya. Tentukanlah siapa yang akan disembelih itu.” Abdul Mutalib berkata dengan yakin.

Hadirin semakin gusar memikirkan apa yang bakal berlaku, memikirkan siapa yang menjadi jamuan parang sembelihan yang tersisip kemas di pinggang Abdul Mutalib.

Pisau itu berkilat-kilat dipantul cahaya mentari seakan-akan tidak sabar lagi membaham mangsanya.

Undian bermula..............................


*natikan sambungannya.. :)

No comments:

Post a Comment