Tuesday 17 January 2012

AMINAH CINTA PUTERI QURAISY



“Patutlah anak saudaranya juga sangat manis dan jelita. Memang kebanyakan anak Bani Zuhrah sempurna rupa parasnya.”

       Dalam cuaca yang panas membahang, kelihatan sayup-sayup gerombolan para musafir sedang berpanas di tengah padang pasir. Mereka mungkin para pedagang ataupun para tetamu yang mahu menunaikan haji. Nun jauh di sana, hanya fatamorgana yang menjadi hiasan mata. Namun mereka tahu, itu hanya tipu daya lautan lahar berpasir itu. Mereka sudah biasa kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai bangsa yang menghuni padang pasir, yang hidup dan mati juga kerananya.

      Namun ada keajaiban Tuhan di tengah padang pasir tanah arab itu. Di tengah-tengah kepanasan, hidup bangsa Arab yang berdagang dan mengembala binatang sebagai sumber hidup mereka. Selain dikenali kerana kerap berperang, mereka juga terkenal dengan ketinggian dan kehebatan syair-syair yang memuji dan mencerca. Kecemerlangan kesusasteraan adalah antara sebab mereka dikenali di pete dunia.
    
      Merka digelar jahiliah bukan kerana tidak bertamadun, namun kerana tidak bertuhankan  Tuhan Yang Esa. Mereka menjadikan batu berhala yang berjumlah 365 buah itu sebagai pengantara Tuahan Yang esa. Mereka mensyirikkan Tuhan datuk dan nenek moyang mereka sendiri iaitu Tuhan yang disembah Ibrahim dan Ismail.
    
Mereka adalah bangsa Arab Quraisy, mempunyai kabilah dan bani. Mereka juga mendiami wilayah barakah yang dinamakan Mekah. Merekalah tuan keoada padang pasir itu.


.................


Di kota itu.....

   “Mari kita main bersamanya,” kata seorang kanak-kanak kepada kawan-kawannya apabila melihat budak perempuan itu.

    Salah seorang daripada mereka berasa ragu, “Mahukah dia bermain bersama kita?”
     “Mengapa tidak?” tingkah yang seorang lagi.

     “Bukankah dia daripada kalangan kabilah bangsawan. Ayah, pakcik serta datuknya adalah pembuka Kota Mekah ini.” Seorang lagi bersuara.
    

     Mereka mahu sangat bermain dengan budak perempuan yang sungguh comel itu. Budak perempuan itu juga kelihatan sopan dan baik. Mereka terpesona dengan ketulusannya. Namun timbul kerisauan kerana status keturunan dan darjat mereka yang tidak setaraf.

     “Tidak ada gunanya kita berbalah di sini. Mari kita ke sana dan bertanyakan kepadanya sama ada kita boleh bermain dengan dia ataupun tidak.” Yang paling tua antara mereka memberikan cadangan.

     Hampir serentak mereka menjawab, “Baiklah!”

  Tidak ada aktivii khusus untuk kanak-kanak di Mekah itu. Mereka hanya berkeliaran di sekitar kota sambil bermain-main sementara ibu bapa mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing. Orang arab ketika itu amat mementingkan perdagangan. Ramai antara mereka yang berdagang sehingga ke luar Tanah Arab. Antaranya ke Syam, YamaN, Parsi, Rom dan sebagainya.

     Mereka semaikin meghampiri budak perempuan itu, salah seorang daripada mereka lantas bertanya, “ Bolehkah kami bermain dengan kamu dan sudikah kamu bermain bersama kami?”

     Budak perempuan yang comel itu terkejut dengan kehadiran budak-budak yang kelihatan hampir sebaya dengannya lantas dia berfikir sejenak. Dia mengamati satu persatu budak-budak dalam kumpulan itu.

     Suasana menjadi sunyi seketika.

   “Apa salahnya......,?” jawab budak perempuan itu. Budak perempuan itu adalah Aminah.

    Mendengar jawapan itu, mereka bersorak riang. Aminah berasa pelik. Mengapa mereka begitu teruja dapat bermain dengannya. Bukan kali itu sahaja, sudah banyak kali Aminah melalui situasi yang sama seperti itu.

   Selepas puas melompat, menari dan berlari, mereka semua keletihan. Tiba-tiba salah seorang bersuara, “Aminah, khabarnya kamu ini pandai bersyair. Benarkah begitu?”

   Aminah tersipu malu, pipinya memerah. Dia mengangguk perlahan.
    “Sekiranya begitu, sudikah kamu membacanya kepada kami?” tanyanya lagi.
      Aminag menggeleng-gelengkan kepala smabil tersenyum simpul.

    “Tolonglah, kami merayu kepada kamu.” Mereka mengucapkan serentak.

   Akhirnya Aminah beralah, lantas maju ke hadapan dan berdiri sedikit tinggi di atas bongkah batu lalu mendeklamasikan beberapa buah syair. Dendangan bait syair iru semuanya berkenaan kebanggaan penduduk kota Mekah, pujian, kemenangan serta kebesaran kabilah Arab Quraisy.
   
         Senja hampir lewat pagi, malam sudah menampakkan dirinya. Namun anak-anak itu tetap sahaja mahu bersama Aminah, bermain dan terus bermain. Aminah pula sentiasa bersedia melayan sahabat-sahabatnya itu.
       “Anak-anak, balik! Hari sudah malam, esok kamu sambung main lagi.” Tiba-tiba seorangt ibu datang kepada kumpulan kanak-kanak itu bagi menjemput anaknya pulang.

      Anaknya kelihatan berat mahu berpisah dengan Aminah. Namun, kerana terpaksa, dia pulang jua ke rumahnya. Begitu juga dengan anak-anak yang lain. Mereka seakan-akaan tidak mahu pulang sekiranya tidak dijemput oleh ibu ataupun ayah masing-masing.

       “Kami pulang dahulu, esok kami ke sini lagi.” Anak-anak itu berpisah dengan Aminah selepas melafazkan kata-kata itu. Mereka seakan-akan melafazkan janji taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Aminah.

    Keesokannya, sejurus sahaja matahari terbit, kanak-kanak itu sudahpun bersiap-siap dan menuju ke rumah Aminah.

     “Wahai Aminah, marilah kamu bersama kami. Ayuh kita keluar bermain bersama-sama,” jerit salah seorang daripada mereka dari luar rumah Aminah.
   Aminah yang sudah bersiap-siap pun keluar. Sebelum itu dia meminta kebenaran daripada penjaganya terlebih dahulu.

    Sebenarnya, tidak ada apa-apa perlu dirisaukan kerana Mekah bukan kawasan yang luas. Hampir semua penduduknya mengenali antara satu sama lain. Tambahan pula Aminah dan kanak-kanak itu pula adalah daripada kabilah Kaum Quraisy. Kaum yang terbesar dan paling berpengaruh di Mekah ketika itu.

   “Apa rancanagan kita hari ini?” tanya Aminah kepada kawan-kawannya.

“Kita pergi ke Kaabah dan duduk berhampiran telaga zamzam sambil melihat orang ramai yang berpusu-pusu berebutkan airnya.” Salah seorang antara mereka memberikan cadangan.

     “Ada pula dcadangan daripada yang lain. “Apa kata kita berjalan-jalan daj=hulu mengelilingi kota Mekah, kemudian apabila sudah letih dan dahaga, kita ke kaabah pula.”

    Masing-masing terdiam seketika.

    “Sekiranya begitu, mari kita bergerak sekarang.” Aminah berkata dengan riang.
      Mereka pun memulakan aktiviti pada hari itu. Mula-mula mereka naik dan turun setiap bukit dan tanah di lembah Barkah itu. Apabila berasa letih dan dahaga, mereka menuju ke Kaabah lalu terus pergi ke prigi zamzam bagi membasahkan tekak. Mereka kemudian duduk berehat di tepian air zamzam sambil memerhati gelagat manusia yang datang.

    Aminah dan kanak-kanak yang lain memerhatikan sahaja tingkah laku manusia di hadapan mereka. Dia kemudian berkata, “Lihat, oleh kerana lelaki itu kuat dan besar, dia yang dapat ambil air zamzam dahulu. Padahal orang tua yang lemah di belakangnya itu yag sampai dahulu.”

       Salah seorang daripada mereka berbalas, “Benar Aminah, ini tidak adil. Namun apa yang mampu kita buat. Kita ini kanak-kanak, kita akan dimarahi oleh mereka sekiranya kita memandai-mandai.”

   Aminah mengetap bibir. Rasa sebak dan kasihan kepada orang tua itu menebal. Dia tahu sekiranya dia cuba membantu, dirinya pasti  dimarahi. Itulah sikap dan sifat orang arab Quraisy pada waktu itu.

      “Nanti apabila kita sudah dewasa, kita perlu menolong dan membela mereka yang lemah. Mereka juga manusia seperti kita. Telaga zamzam bukan milik orang Quraisy sahaja, ia milik Tuhan, untuk semua manusia.” Sahabat-sahabat Aminah terpegun dengan kenyataan Aminah. Mereka tidak sangka yang anak gadis manis itu semakin menonjol sifat prihatinnya.

       Para kabilah yang singgah ke Mekah, sama ada bagi berdagang mahupun datang tawaf di Kaabah, apabila berjumpa ataupun terserempak dengan Aminah pasti kagum dengannya.

    “Sungguh manis anak itu, anak siapakah itu?” tanya isteri seorang ketua kabilah dari Yaman sambil matanya melirik ke arah Aminah yag sedang leka bermain.
    Orang Quraisy dengan bangganya menceritakan perihal Aminah dan susur galurnya. “namanya Aminah. Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, dan kini dirinya yatim piatu. Aminah dibela oleh bapa saudaranya yang bernama Wuhaib bin Abdul manaf bin Abu Zuhrah.”

      “Bukankah beliau salah seorang pembesar Mekah?” Soal isteri ketua kabilah itu pula.

       “Benar, puan.” Quraisy itu membalas dengan yakin.

        Ketua kabilah pula bersuara, ”Saya kenal rapat dengan Wuhaib. Dia seorang yang bijaksana dan dihormati. Ketokohannya sangat terserlah. Beliau merupakan orang tengah yang diyakini ketokohannya..”

       “Patutlah anak saudaranya juga sangat manis dan jelita. Memang kebanyakan anak bani Zuhrah sempurna rupa parasnya,” sambung isteri ketua kabilah yaman itu.

      Ketua kabilah Yaman itu berkata lagi kepada lelaki Quraisy tadi, sambil matanya memandang sekeliling Kaabah. “Apa yang saya tahu sekiranya penempatan sesebuah kabilah berhampiran dengan Kaabah, maka tinggilah kedudukan dan pengaruh mereka kerana mereka juga kabilah bani yang mulia.”

    “Benar, tuan.” Orang Quraisy itu mengesahkannya.

    “Bolehkah kamu menceritakan kepada saya perihal ini?” Ketua kabilah itu bertanya lagi.

      Dengan senang hati orang Quraisy itu menceritakan berkenaaan sosial hierarki sosial Arab Quraisy di Mekah. Baginya, itu adalah kebanggan dan penghormatan apabila bangsa lain mahu mengetahui perihal mereka. Tambahan pula, memuliakan tetamu sememangnya amalan dan adat orang Arab Quraisy.

    “Tuan, sudah turun temurun tempat ini disusun. Susunan penempatan masyarakat Mekah dibahagikan mengikut kedudukan, darjat kebesaran serta kepimpinan kabilah masing-masing. Mereka paling dekat dengan Kaabah adalah yang paling mulia kedudukannya. Ia berperingkat sehingga ke pinggir Mekah yang didiami oleh hamba sahaya, orang-orag asing, mereka yang terbuang serta mereka yag miskin.”

        Ketua kabilah Yaman, isterinya dan beberapa orang kanan kabilah mengangguk-ngangguk faham. Mereka terus memberi tumpuan kepada pemuda Quraisy itu yang terus berkata, “Sekiranya kamu semua perasan penempatn bani Hasyim dan bani Zuhrah amat dekat dengan Kaabah. Ini jelas menunjukkan yang kabilah merek adalah antara pemuka dan pembesar yang paling berkuasa dan berpengaruh di Mekah ini.”

     “Ya, benar sekali. Tengok sahaja rumah-rumah mereka itu, selain hampir dengan Kaabah, rumah mereka juga besar dan mewah. Ia sangat berbeza dengan kawasan di luar sana.” Kata isteri ketua kabilah Yaman itu.

     Tiba-tiba salah seorang daripada pembantu ketua kabilah Yaman itu bertanya, “Mengapa ada dua kabilah besar yang duduk berhampirandengan Kaabah? Apakah mereka tidak berbalah sedangkan sepatutnya haya satu kaum yang berkuasa di sini?”

        “Itulah keistimewaan kedua-dua kabilah besar ini. Mereka berjiran malah berkerabat antara satu sama lain dan semangat perkauman mereka kuat. Selain itu, mereka saling membela antara satu sama lain.” Jawab orang Quraisy itu.

-Sambungan cerita ini akan muncul tidak lama lagi,,,tunggu ye!-

Wednesday 11 January 2012

AL-QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... sahabat2 sekalian,  Minggu lepas ana ada baca sebuah buku...menarik buku tu.. tajuknya, ‘I LUV ALQURAN AND YOU?’....ha! macam tu lah tajuknya..Hari ni saya akan berkongsikan serba sedikit tentang apa yang ana dah baca...

AL QURAN



“ cintailah al-Quran agar hidupmu tenang”

Do you really love Alquran? Pertanyaan sederhana yang perlukan jawapan yang luar biasa. Apakah selama ini kita mencintai Al-Quran? Sejauh mana cinta kita terhadap al-Quran?

    “Oh, saya sangat mencintai al-Quran. Saya ada banyak al-Quran di rumah saya.” Mungkin itu yang akan kita katakan. Kita punya banyak al-Quran di rumah kita, tetapi kita jarang menyentuhnya. Kita tidak membacanya, tidak kita menelaahnya. Ada al-Quran yang hanya kita sentuh saat kita hendak mendoakan orang telah pergi. Ada yang baca al-Quran masa nak kahwin ja. Ada pulak yang baca masa dia nak angkat sumpah ja.

    Itulah kenyataannya. Itulah hakitnya. Cinta kita kepada al-Quran belum sempurna. Cinta kita kepada al-Quran hanyalah sebatas kata-kata sahaja. Belum ada realisasinya. Bahkan mungkin di sebatas di bibir sahaja. Hanya terluah melalui kata-kata pengakuan tetapi belum terbukti dengan kesungguhan dan istiqamah kita dalam meneladaninya. Yakni membaca, menelaah, mengutip iktibar apatah lagi menjadikannya sebagai panduan dalam segenap urusan seharian kita.

     Tetapi bandingkkan cinta kita kepada komik, novel,kepada surat khabar? Betapa kita merasai sangat kecewa apabila terlepas satu tajuk novel terbaru. Betapa kita sangat kecewa apabila terlepas satu edisi surat khabar. Kenapa jadi begitu terbalik?
Cinta kita kepada komik, novel dan yang lain sudah sangat luar biasa. Hidup terasa tidak menyenangkan. Suram, sedih, dan gelisah apabila kita tidak mendapatkan itu semua. Sungguh menyedihkan!

        Sila jawab pertanyaan ini. “do you really love al-Quran?” apakah kita benar-benar mencintai al-Quran?  Sudah berapa banyak kita meluangkan waktu untuknya? Sudah sebanyak mana segala petunjuk yang terkandung di dalamnya. Kita jadikan pedoman untuk menguruskan kehidupan seharian? Sudah berapa kali kita menghafal, mengkhatam, dan membacanya berulang-ulang? Mungkin kita hanya menghafal beberapa ayat sahaj. Itupun sekadar untuk digunakan sebagai bacaan dalam solat. Mungkin sahaja kita belum mampu membacanya. Subhanallah! Di manakah cinta kita kepada satu-satunya kitab suci kita itu?

      Hanya almari tempat kita menyimpan kitab suci itu. Kitab itu tidak perdah beralih ke hati dan perasaan kita. Belum juga mampu menjadi akhlak seharian kita selama ini. Biarkan usia semakin berlalu tetapi al-Quran masih belum juga meresap  ke dalam jiwa kita. Bahkan, mungkin juga semakin meningkat usia kita, semakin semakin jauh al-Quran dari hati  dan perasaan kita. Kita gagal untuk mengakrabkan diri dengan kalamullah ini.

      Kenapa jadi begitu? Apakah kerana selama ini memang cinta kita kurang besar, maka kita tidak serius mencintai alQuran? Masih separuh-separuh sahaja dan tidak beranjak menjadi lebih serius. Atau mungkin sahaja cinta kita belum sedikit pun bertunas untuk al-Quran. Mungkin sahaj, segala cinta kita sibuk melayani kehendak duniawi, hingga terlupa untuk menyenaraikan kitab suci ini sebagai antara yang perlu dicintai dalam kehidupan ini.

      Al-Hasan bin Ali berkata, “Generasi sebelum kalian telah memandang al-Quran sebagai surat daripada Tuhan(Kekasih) mereka. Yang mereka baca  dan hayati di malam hari, dan mereka terapkan di siang hari.”
Maka, sesiapa sahaja mencintai al-Quran nescaya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Demikian kata-kata Ibnu Mas’ud. Pelbagai permasalahan umum pada diri kita saat berinteraksi dengan al-Quran. Antara lain ialah:

  1.  Kita sedar sepenuhnya bahawa tilawah setiap hari adalah keharusan, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk memberikan komitmen secara rutin sehingga dalam sebulan begitu banyak hari-hari yang dilalui tanpa tilawah al-Quran.
  2. Kita faham bahawa menghafal al-Quran adalah kemuliaan yang besar manfaatnya, tetapi jiwa kita belum bersedia untuk meraihnya dengan mujahadah.
  3.  Kita sedar bahawa masih banyak ayat yang masih belum kita fahami. Namun jiwa kita tidak bersedia untuk melakukan berbagai-bagai langkah walaupun yang paling minimum untuk dapat memahami isi al-Quran.
  4.  Kita sedar bahawa mwngajarkan al-Quran sangat besar fadhilatnya, tetapi kerana rendahnya penghargaan ummat terhadap al-Quran maka sangat sedikit yang bersedia menjadi tenaga pengajar al-Quran.
  5.  Kita faham bahawa solat yang baik, khususnya solat malam adalah solat yang panjang dan sebenarnya kita mampu baca banyak ayat, namun jiwa kita terkadang tidak tertarik terhadap besarnya fadhilat al-Quran dalam solat.
  6. Kita sedar bahawa dakwah dijamin oleh nas al-Quran dan Allah akan memberikan kemenangan, namun jiwa kita tidak sabar dengan prosesnya yang panjang sehingga cenderung meninggalkan atau lari dari medan dakwah.
  7. Kita faham betul bahawa banyak keutamaan di dunia dan di akhirat bagi manusia yang berinteraksi dengan al-Quran, tetapi fadhilat tersebut hanya menjadi pengetahuan, tidak mampu menghasilkan tenaga yang besar kepada diri kita untuk beristiqamah dalam berinteraksi dengan al-Quran.
  8. Kita faham dengan sangat jelas bahawa tokoh islam di atas bumi ini adalah orang-orang yang telah berjaya dalam ilmu al-Quran dan mereka pon menguasai kehidupan dunia, namun jiwa kita enggan mempersiapkan generasi mendatang yang hidupnya berada di bawah naungan al-Quran.
Justeru, jangan berhenti merayu diri agar segera bangkit. Tanyakanlah pada diri kita:
    
      Wahai diri, tidakkah kamu malu kepada Allah? Mengaku cinta kepada Allah tetapi tidak merasa senang berinteraksi dengan kalam-Nya. Sedangkan kalam-Nya itu umpama surat cinta daripada-Nya sebagai tanda kasih kepada kita sebagai hambaNya. Bukankah ketika manusia bercinta dengan manusia lain, dia menjadi senang dan gembira untuk membaca surat daripada kekasihmya, bahkan akan membaca berulang-ulang kali?
      
        Mengapa kamu begitu berat dan enngan hidup dengan wahyu Allah adakah jaminan bahawa kamu mendapat pahala percuma tanpa beramal soleh? Dengan apa lagi kamu mampu meraih pahala Allah? Infak Cuma sedikit, jihad belum bersedia. Kalau tidak dengan al-Quran, dengan apa lagi?

     Wahai jiwaku, siapa yang menjamin keamanann dirimu saat gentingnya suasana akhirat? Padahal Rasulullah memberi jaminan bahawa Allah akan memberikan keamanan bagi manusia yang rajin berinteraksi dengan al-Quran, mulai dari sakaratulmaut hingga saat melalui ttitian sirat.

     Waha jiwaku, tidakkah kamu merasa malu kepada Allah? Dengan nikmatNya yang demikian bannyak, yang diminta mahupun tidak, tidakkah kamu bersyukur kepadaNya? Lantas berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan memperbanyakkan  membaca al-Quran? Bukankah dengan cara mengakrabkan diri dengan al-Quran itu adadlah jambatan untuk melampiaskan rasa syukur kita kepada-Nya atas segala kurnia yang telah diberikan sepanjang usia kita di sunia ini?     

     Wahai jiwaku, sedarkah kamu ketika Allah dan RasulNya mengajak dirimu memperbanyakkan hidup bersama al-Quran? Untuk siapakah manfaat amal tersebut? Apakah kamu mengira bahawa dengan banyak membaca al-Quran maka kemuliaan Alah dan RasulNya akan bertambah? Dan sebaliknya, jika kamu tidak membaca al-Quran, kemuliaan itu akan berkuranngan? Sekali-kali tidak. Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak mendapatkan manfaatnya.

     Wahai jiwa, tidakkah kamu merasa khuatir dengan dirimu sendiri? Selama ini hidup tanpa al-Quran, sedang usia semakin menuu ke titik akhir, tabungan amal soleh masih sedikit, jaminan masuk syurga tidak ada di tangan. Sampai saat ini belum mampu tilawah secara rutin satu juzuk sehari. Jangan-jangan al-Quranlah yang tidak mahu bersama dirimu kerana begitu kotornya dirimu sehingga al-Quran semakin menjauh darimu.

      Wahai jiwa, tidakkah engkau terliur untuk mengikut jejak kehidupan Rasulullah dan para sahabat serta tabiin yang menjadi kenangan sejarah sepanjang zaman dalam berinteraksi dengan al-Quran? Jika hari ini kamu masih lagi enggan berinteraksi dengan al-Quran apa yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang tentang dirimu?

    Ungkapan di atas adalah renungan terhadap diri sendiri dalam urusan dunia dan akhirat. Ia adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Allah agar hidup kita tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang makna.
          “.......Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir, tentang dunia dan akhirat....”    
                                                                                    (Al-Baqarah: 219-220)
                               


≈ANA MUJAHIDAH≈